Thursday, November 19, 2015

Mohd Sukamin bin Darini - 1954 - 2015

"Di mana saja kamu berada, kematian akan mendapatkan kamu, kendatipun kamu di dalam benteng yang tinggi lagi kokoh, dan jika mereka memperoleh kebaikan, mereka mengatakan: "Ini adalah dari sisi Allah", dan kalau mereka ditimpa sesuatu bencana mereka mengatakan: "Ini (datangnya) dari sisi kamu (Muhammad)". Katakanlah: "Semuanya (datang) dari sisi Allah". Maka mengapa orang-orang itu (orang munafik) hampir-hampir tidak memahami pembicaraan sedikitpun?" - (Surah An Nisa : Ayat 078)

Innalillahi wa innailaihi roji'un...
Allahummaghfirlahu warhamhu wa aafiha wa'fu anhu.

Sudah berpulang ke rahmatullah, abang kandung pertama ku, iaitu anak kedua mak dan bapa. Meninggal dunia di Hospital Sultan Ahmad Shah Temerloh, setelah cuma satu malam di hospital itu, ketika berusia 61 tahun. Wak Soha dibawa ke hospital kerana mengalami kesukaran untuk bernafas. Perkiraan ku, usia Wak Soha yang menjangkau 61 tahun itu adalah usia yang paling panjang, dibandingkan dengan Wak Nin, Wak Zaki, Wak Usup dan Arwah Abah yang tidak mencecah 60 tahun.

Terlalu cepat tempoh di antara pemakluman mengenai keadaannya yang sangat kritikal, dengan berita kematiannya. Tidak sampai satu jam, telah dimaklumkan pula bahawa beliau sudah meninggal dunia.

Mesra dengan panggilan Wak Soha atau Wak Janggut, anaknya seramai 8 orang lelaki kesemuanya. Teringat kembali susah payahnya ketika anak2nya masih kecil. Alhamdulillah, anak2nya kini sudah berjaya semuanya. Semoga ALLAH mencucuri rahmat ke atas Arwah Soha, dan golongkannya bersama orang-orang yang beriman. Aamiin.

Perasaan berkecamuk dan agak terasa getaran kebimbangan, memandangkan semenjak tahun 2012, telah berlaku kematian terhadap adik beradik ku yang seramai 7 orang itu secara berturut-turut, di samping kematian Arwah Abah dan Arwah Opah Rokiah. Memang ya, ajal maut, rezeki dan jodoh... semuanya di tangan ALLAH SWT. Namun, rasa itu tetap hadir...

Mula-mula Arwah Kak Nin, selepas itu Abang Zaki. Pada 2013, Arwah Opah Rokiah. 2014, Arwah Wak Usup dan diikuti oleh Arwah Abah, 18 hari sahaja jarak di antara keduanya, di dalam bulan yang sama iaitu Ogos 2015. Apakah ini petanda dari ALLAH SWT agar kami yang tinggal 3 beradik ini selalu beringat-ingat? Hanya ALLAH jua yang Maha Mengetahui...

"Ya ALLAH, matikanlah kami dalam khusnul khotimah, dalam iman dan dalam Islam. Terimalah ibadah kami dan lindungi kami dari azab api neraka. Ya ALLAH,masukkan kami dalam golongan orang-orang yang beriman, yang ENGKAU kasihi, dan yang ENGKAU kumpulkan dalam syurgaMU.."

Aamiin ya Robbul Alamin....

No comments:

Post a Comment