Wednesday, March 30, 2011

Kisah silam......... Lia Dana...

Perjalanan kehidupan sehari-hari seakan mencabar aku untuk menulis semula... seperti zaman belajar dulu dalam tahun 70an dan 80an...... Di zaman itu, nama Lia Dana aku gunakan sebagai nama samaran...ada saja yang ditulis... cerpen, puisi, sajak............ memang masa itu agaknya semangat berkobar-kobar untuk menulis.... meluahkan perasaan melalui pena..........

Situasi kini juga mengajak aku untuk menulis......meluahkan rasa yang berbaur2 tidak menentu... terkadang rasa pilu... sayu... terkadang rasa buntu.... memang betul kata pepatah, hidup ini penuh dengan masalah, sekiranya tiada masalah, tidaklah hidup namanya... moga hati terus tabah... walaupun umur sudah menapak ke senja, rasa2 tidak aman ini memang menjadikan diri tidak tenteram...........

Syukran

Alhamdulilah... Syukran sudah pulang ke rumahnya di Ulu Langat setelah 32 hari berada di HSB... 29 Mac 2011 sempat juga bertemu ibunya di Wad 5C HSB.... Syukran sudah sihat, hanya dia perlu menjalani terapi bagi menguatkan semula badannya kerana sudah terlalu lama terlantar...

Aku turut menyelami kebahagiaan ibunya kerana Syukran sudah dibenarkan keluar hospital.. perjalanan jauh dari Ulu Langat ke Sungai Buluh memang agak sukar, memandangkan tanggungjawab di rumah perlu juga diambil tahu... moga Syukran cepat sembuh seperti biasa agar dapat menyambung studinya yang sudah hampir tamat itu...

Semoga Syukran terus tabah dan sabar dalam menjalani detik2 memulihkan kesihatan dan kekuatannya...InsyaAllah...