“Sesungguhnya Allah tidak mengubah keadaan
sesuatu kaum, sehingga mereka mengubah keadaan yang ada pada diri mereka
sendiri”. (Ar-Ra’d: 11)
Doa Selamat
Majlis doa selamat telah diadakan pada hari Sabtu, selepas
zohor 15 Ogos 2015. Qariah Masjid Al Amin telah dijemput untuk membacakan doa.
Alhamdulillah, ramai yang datang. Jiran, anak buah, kawan-kawan, rakan-rakan
sekerja, saudara mara. Syukur. Semoga ALLAH berikan keselamatan dan kesihatan,
dan khudrat menjalankan ibadah, dipertingkatkan.
The Dangau, Kpg Merbau Sempak di Sungai Buloh telah didiami sejak Mei 2014.
Rumah ini dibina di atas tanah lot yang telah kami beli pada tahun 2011, setelah
aku mula berkhidmat di UNISEL. Dimulakan pembinaannya pada akhir Disember 2014. Jarak di antara Shah Alam dan Bestari Jaya yang
hampir 130 km (2 hala) menjadikan tenaga habis sebaik tiba di rumah Shah Alam.
Ditambah pula dengan kesesakan lalu lintas di waktu puncak, terutamanya di
bulan Ramadhan. Seringkali sampai di rumah setelah hampir 2 jam hingga 2.5 jam di dalam perjalanan.
Alhamdulillah… Arwah Abah berkesempatan juga tinggal di
Dangau selama hampir 4 bulan. Rumah ini disiapkan untuk didiami bagi memudahkan
aku berulang alik ke pejabat sejauh 30km, tanpa mengharungi kesesakan. Pergi ke
tempat kerja secara menentang arus ini,
amat melegakan, walaupun rumah ini kecil tetapi kompak dan hangat.
Seakan rumah
ini dipersiapkan, selain untuk memberi kemudahan, ia juga sebagai kenang-kenangan…
The Dangau - dalam pembinaan. |
The Dangau - 60 persen siap. |
Foto terakhir bersama Arwah Abah dan famili yang datang semasa Majlis Hari Raya 2014, pada 24 Ogos 2014. |
Arwah Abah dan 2 orang anak bujang. Ajem dan Nabil. |
Foto kenangan hingga menutup mata : 24 November 1991. Hutan Melintang Perak. |
No comments:
Post a Comment