“Demi
sesungguhnya! Jika kamu bersyukur, nescaya Aku tambahi nikmat-Ku kepadamu, dan
demi sesungguhnya jika kamu kufur, sesungguhnya azab-Ku amat keras.” –
[Ibrahim: 7]
Di tahun 2007, ALLAH telah memberi kesempatan kepadaku menunaikan
umrah bersama Emak, Anis dan Suhaila. Kami berempat pergi dalam bulan Julai
2007, dengan syarikat Andalusia Travel and Tours Sdn Bhd. Alhamdulillah, syukur
kerana dapat pergi membawa Emak ke Makkah dan Madinah. Kami berada di Madinah
selama 3 hari dan 8 hari di Makkah.
Di Madinah, kami sempat perkunjung ke sekitar kawasan
bersejarah, seperti Masjid Quba, Bukit Magnet, Pasar Kurma, dll. Di Makkah,
kami dapat solat Jumaat dua kali di Masjidilharam. Selama 8 hari di Makkah,
kami gunakan sebaiknya. Alhamdulillah, ALLAH berikan kesihatan dan kemudahan
menunaikan ibadah tanpa halangan.
Jarak waktu 8 tahun, dari 2007 hingga 2015, telah
menyaksikan banyak perubahan yang berlaku di Makkah dan Masjidilharam. Dulunya
tempat pejalan kaki, di hadapan Masjidilharam, kini sudah menjadi dataran untuk
solat. Dulunya banyak kedai-kedai kecil sepanjang jalan, kini semua kedai
terletak di bawah hotel di sepanjang Jalan Ibrahim Khalil dan di jalan-jalan utama
yang menuju ke Al Haram. Masjidilharam sendiri telah banyak berubah, di mana
hanya sebahagian ruang solat lama yang mempunyai banyak tiang yang dikekalkan,
manakala terdapat satu lagi bangunan masjid baru yang dibina, iaitu Bangunan King
Abdul Aziz.
Dikatakan bahawa dalam tahun 2016, keseluruhan pembinaan
membesarkan Masjidilharam akan selesai.
Mudah-mudahan di waktu itu nanti, Masjidilharam tidak akan mengalami apa-apa
lagi perubahan.
Semoga ALLAH berikan kesihatan yang baik untuk Emak, agar
kami dapat lagi bersama-sama mengunjungi Masjidil Haram. Aamiin.
No comments:
Post a Comment