Thursday, January 14, 2016

2016

"MAKA...
Hendak gugur, gugurlah nangka
Jangan menimpa si pohon waru
Hendak tidur, tidurlah mata
Jangan menunggu si tahun baru.."

Pantun yang selalu dinyanyikan... tetapi diubah sesuai dengan kehadiran tahun 2016..
Kata-katanya menjelang tahun baru 2016... entahkan memang tidak mau aku menanti-nanti ucapan selamatnya...

Hari berlalu.. sudah 15 hari di tahun baru...
Kehadiran yang seringkali tiada...
Mungkin sampai masanya perlu berjalan sendiri...
Meneruskan langkah
Menuju hari yang seperti ada dan tiada...

Thursday, December 31, 2015

Selamat tinggal 2015... Selamat datang 2016...

  “Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. Ia mendapat                 pahala (dari kebajikan) yang diusahakannya dan ia mendapat siksa (dari kejahatan) yang 
  dikerjakannya” – Surah Al-Baqarah, 2 :286.

Hari ini hari terakhir 2015. Begitu cepat masa berlalu, dengan segala rasa dan pengalaman di sepanjang tahun 2015. 12 bulan yang penuh suka duka, menjalani kehidupan dengan apa adanya. Rasanya tiada yang mengujakan, kecuali kesempatan menunaikan haji ke Makkah di tahun 1436 Hijrah (2015 Masihi) dari 17 Ogos hingga 1 Oktober 2015 dan konvokesyen CT.

Alhamdulillah, syukur ya ALLAH.. Sungguh kurniaMU amat banyak. Dengan suka duka dan siksa bahagia perasaan. Apa lagi yang diharap oleh insan, dengan berlalunya hari... memohon agar diberi kesihatan, keselamatan, kemudahan dan kebahagiaan.

Dalam bulan November, bertahan dua hari di Hospital Sungai Buloh(HSB)  merupakan kenangan tidak terlupakan. Setelah hampir 15 tahun tidak menginap di hospital, setelah melahirkan Nurul Ein Fatihah, aku terpaksa menginap di HSB atas sebab diserang vertigo. Ramai tidak tahu penyakit ini, perlu menerangkan kepada teman-teman yang tidak pernah diserang olehnya. Namun, ramai juga yang ada pengalaman mengalami penyakit 'pusing kepala' yang tidak dijangka akan turut menyerang. Namun, Alhamdulillah... syukur kepada ALLAH, kerana semakin berkurangannya penyakit ini, walaupun masih perlu ada rawatan susulan dan fisioterapi.

Segala rasa, termasuk harapan yang bagai kaca dihempas ke batu. Hancur. Itulah rasa hati. Berbekalkan kekuatan, ketabahan dan kesabaran yang ALLAH berikan, ku bangkit menghadapi hari muka dengan sedaya upaya. Sangat kecewa, seakan putus asa... namun, hidup perlu diteruskan... Sedikit demi sedikit, aku disedarkan bahawa hidup jangan terlalu bergantung dengan sesuatu yang tidak pasti... Bak kata Tere Liye:. 

"Hari ini, mungkin kita adalah segalanya bagi seseorang. Tapi besok, boleh jadi bukan siapa-siapa lagi.
Hati manusia itu mudah berubah.
Karena itu, jangan berlebihan. Agar sakitnya tidak terlalu dalam membekas."

Hidup betul tidak mudah. Perlukan kekuatan dan semangat yang amat tinggi. Semoga ALLAH selalu beri kekuatan, agar dapat melangkah ke hadapan dengan tabah.

Semoga 2016 menjadi tahun yang lebih indah, lebih membahagiakan dan lebih banyak kejayaan, bagi menggantikan rasa-rasa sedih, pedih dah gagal... Ku pandang ke depan, dengan penuh harapan.. dengan bertambah umur ke 5 siri, semoga hidup pun akan semakin indah dan berseri...

Terima kasih, Abang di atas segala rasa yang pernah diberi.. Semoga 2016, hadirmu tidak terlalu kuharapkan, agar dapat ku teruskan kehidupan dengan damai...



Wednesday, December 2, 2015

VERTIGO - 27 - 30 NOVEMBER 2015

"Tidaklah seorang muslim tertimpa suatu penyakit dan sejenisnya melainkan Allah akan menggugurkan bersamanya dosa-dosanya seperti pohon yang menggugurkan daun-daunnya." (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

"Bahkan di dalam satu lagi riwayat, Rasulullah bersabda bahawa dengan hanya tertusuk duri sekalipun, Allah bersedia untuk meninggikan darjat seseorang itu dan menghapuskan satu kesalahan dirinya.


VERTIGO

Sakit itu betul kifarah dosa. Bermula pada pagi Jumaat, 27 November. Kepala terasa berat, walaupun tetap pergi kerja, pagi itu pergi juga ke Klinik Rosli di Bestari Jaya. Kepala terasa berat dan dapat MC sehari. Namun, tetap di ofis sambil menunggu Bella habis kelas.

Sehari hanya memejamkan mata kerana dunia berpusing apabila mata dibuka. Ingatkan apabila pulang ke rumah, sakit akan berkurangan, namun rupa-rupanya tidak. Malam semakin tenat, tidak selesa tidur dan sukar mau makan.

Sabtu, semakin tenat. Mata tidak boleh dibuka, tidak boleh bangun juga. Dunia terasa berpusing. Makan, terus muntah, tidak boleh bangun solat pun. Sehari suntuk tidak solat dan apabila makan, muntah semula. Malam Ahad, pergi ke Hospital Sg Buloh dan kena tahan. Di depan doktor, muntah sekali lagi dan akhirnya telah diberi waktu untuk istirahat di ruang rawatan. Doktor telah jab ubat, mungkin untuk mengurangkan sakit kepala. Tiga kali menjalani pemeriksaan jantung, namun tiada apa-apa. Doktor juga merujuk kepada pemeriksaan telinga yang akan dilakukan pada hari Isnin, memandangkan hari Ahad klinik pakar ditutup.

Akhirnya dalam jam 7.30 pagi di bawa ke Wad 4B untuk pemeriksaan lebih lanjut. Kasihan CT dan Bella yang terpaksa menunggu dan tidur di ruang menunggu. Selepas masuk ke wad lebih kurang jam 8 pagi, baru mereka pulang ke rumah.

Vertigo 
noun
  1. a sensation of whirling and loss of balance, associated particularly with looking down from a great height, or caused by disease affecting the inner ear or the vestibular nerve; giddiness.

http://www.medicalnewstoday.com/articles/160900.php#causes_of_vertigo

Sungguh sakit kepala ini tidak tertanggung. Sepanjang di hospital, doktor masukkan air 2 botol, jab 4 kali dan termasuk pil beberapa kali. Doktor periksa mata dan mendapat anak mata bergerak-gerak. Sebab itu diminta buat pemeriksaan telinga takut ada sesuatu pada telinga yang menyebabkan tidak seimbang. Tetapi, Alhamdulillah. Semua hasil pemeriksaan adalah negatif. Mungkin ini hanya disebabkan oleh keletihan melampau, di mana setelah pulang dari mengerjakan haji pada 1 Oktober, aku tidak berehat sepenuhnya.

Hari Isnin, menjalani pemeriksaan telinga di Klinik Otorinolaringologi, nama yang tidak pernah ditemui sebelum ini. Pemeriksaan di sini juga, Alhamdulillah, negatif. Akhirnya doktor membenarkan aku pulang ke rumah, selepas semua pemeriksaan adalah negatif. Lebih kurang jam 11 pagi, aku telah bersedia untuk pulang ke rumah, berbekalkan berjenis ubat-ubatan dan 7 hari MC.

Syukur, Alhamdulillah. Kondisi semakin membaik. Walaupun MC, ku teruskan memberi kuliah memandangkan peperiksaan akhir semester bagi kursus yang diajar adalah pada hari Isnin, 7 Disember 2015. Semoga pelajar-pelajarku semua dapat menjawab dengan mudah.

Meneruskan MC sehingga 7 Disember, dan akan menjalani lawatan susulan pada hari Rabu, 9 Disember 2015. Semoga ALLAH SWT terus memberi kesihatan dan kemudahan dalam apa juga yang kulakukan. Aamiin yaa Rabbal Alamin.


Monday, November 23, 2015

24 NOVEMBER

Setelah 4 kali ku terima ucapan pada 24 November dari Abang, hari ini aku tak terima apa-apa... 4 kali dari 2011 hingga 2014...

Memang betullah... dia hadir cuma untuk menghancurkan perasaanku...

Terima kasih..
Inilah yang terbaik...
Inilah kesudahannya...

Ya Allah,
Mudahkan aku melupakannya..
Mudahkan ya Allah...


Thursday, November 19, 2015

Mohd Sukamin bin Darini - 1954 - 2015

"Di mana saja kamu berada, kematian akan mendapatkan kamu, kendatipun kamu di dalam benteng yang tinggi lagi kokoh, dan jika mereka memperoleh kebaikan, mereka mengatakan: "Ini adalah dari sisi Allah", dan kalau mereka ditimpa sesuatu bencana mereka mengatakan: "Ini (datangnya) dari sisi kamu (Muhammad)". Katakanlah: "Semuanya (datang) dari sisi Allah". Maka mengapa orang-orang itu (orang munafik) hampir-hampir tidak memahami pembicaraan sedikitpun?" - (Surah An Nisa : Ayat 078)

Innalillahi wa innailaihi roji'un...
Allahummaghfirlahu warhamhu wa aafiha wa'fu anhu.

Sudah berpulang ke rahmatullah, abang kandung pertama ku, iaitu anak kedua mak dan bapa. Meninggal dunia di Hospital Sultan Ahmad Shah Temerloh, setelah cuma satu malam di hospital itu, ketika berusia 61 tahun. Wak Soha dibawa ke hospital kerana mengalami kesukaran untuk bernafas. Perkiraan ku, usia Wak Soha yang menjangkau 61 tahun itu adalah usia yang paling panjang, dibandingkan dengan Wak Nin, Wak Zaki, Wak Usup dan Arwah Abah yang tidak mencecah 60 tahun.

Terlalu cepat tempoh di antara pemakluman mengenai keadaannya yang sangat kritikal, dengan berita kematiannya. Tidak sampai satu jam, telah dimaklumkan pula bahawa beliau sudah meninggal dunia.

Mesra dengan panggilan Wak Soha atau Wak Janggut, anaknya seramai 8 orang lelaki kesemuanya. Teringat kembali susah payahnya ketika anak2nya masih kecil. Alhamdulillah, anak2nya kini sudah berjaya semuanya. Semoga ALLAH mencucuri rahmat ke atas Arwah Soha, dan golongkannya bersama orang-orang yang beriman. Aamiin.

Perasaan berkecamuk dan agak terasa getaran kebimbangan, memandangkan semenjak tahun 2012, telah berlaku kematian terhadap adik beradik ku yang seramai 7 orang itu secara berturut-turut, di samping kematian Arwah Abah dan Arwah Opah Rokiah. Memang ya, ajal maut, rezeki dan jodoh... semuanya di tangan ALLAH SWT. Namun, rasa itu tetap hadir...

Mula-mula Arwah Kak Nin, selepas itu Abang Zaki. Pada 2013, Arwah Opah Rokiah. 2014, Arwah Wak Usup dan diikuti oleh Arwah Abah, 18 hari sahaja jarak di antara keduanya, di dalam bulan yang sama iaitu Ogos 2015. Apakah ini petanda dari ALLAH SWT agar kami yang tinggal 3 beradik ini selalu beringat-ingat? Hanya ALLAH jua yang Maha Mengetahui...

"Ya ALLAH, matikanlah kami dalam khusnul khotimah, dalam iman dan dalam Islam. Terimalah ibadah kami dan lindungi kami dari azab api neraka. Ya ALLAH,masukkan kami dalam golongan orang-orang yang beriman, yang ENGKAU kasihi, dan yang ENGKAU kumpulkan dalam syurgaMU.."

Aamiin ya Robbul Alamin....

Monday, November 16, 2015

Year 24 @17 November 2015

Goodbye love..
... Goodbye forever..
"At some point, you'll realize that some people can stay in your heart, but not in your life"- Ashley Hodgeson. 

Alfatihah...

Tiada lagi kegembiraan dan kebahagiaan. Hidup bersama Arwah Abah hanya tinggal kenangan.
Hari ini, akan menutup hari-hari bersama yang tinggal kenangan. 

Jangan ucapkan lagi 'happy anniversary'.
Jangan lagi dikenang-kenang..
Perlu untuk diri memandang ke depan,
Meninggalkan semua, 
yang hanya datang membawa kesedihan...

Goodbye to you...
my love..
We're not mean to be together
I love you from far
until my heart bleeding...
missing you between my tears...

We're only dreaming...
And I should move on
So that... I can pull back my broken heart
... and fix it together..
So goodbye my love
... goodbye forever...






.

Sunday, November 15, 2015

FD - Travelog Haji 1436 Hijrah (2015 Masihi) - (5i)

(Ini adalah) Kitab yang Kami turunkan kepadamu supaya kamu mengeluarkan manusia dari gelap gulita kepada cahaya terang benderang dengan izin Tuhan mereka, (yaitu) menuju jalan Tuhan Yang Maha Perkasa lagi Maha Terpuji. [Ibrahim (14): 1]
Madinah : 17 Ogos – 25 Ogos 2015 – Episod 2

Ziarah Luar Madinah – 19 Ogos 2015

Pada 19 Ogos kami dibawa untuk melawat tempat bersejarah di Madinah. Selepas solat Subuh, sekitar jam 6.30 pagi, kami telah berkumpul dan menaiki bas yang telah disediakan. Kami dibawa melawat Pasar Kurma, Masjid Quba, Masjid Qiblatain, Jabal Uhud dan sekitar bandar Madinah. Semasa di Pasar Kurma, kami telah membeli kurma untuk dikirim pulang ke Malaysia. Perkhidmatan pos yang disediakan di Hotel Movenpick telah memudahkan urusan pengiriman pulang oleh-oleh dari Madinah.

Uzur shari’e telah membataskan pergerakan untuk solat di Masjid Nabawi. Masa banyak dihabiskan di dalam hotel, sambil menonton siaran langsung dari Masjidilharam. Mendengar bacaan AlQuran dan melihat suasana di sekitar Kaabah dari dalam kamar. Sayu, mengenangkan telah berada di bumi Madinah, namun terhalang untuk solat di Masjid Nabi. Kita berencana, ALLAH jua yang menentu segala.

Sebelum berangkat ke Makkah, aku berkesempatan pergi ke Raudhah,yang berada di dalam Masjid Nabawi. Ketika ini, jamaah sudah ramai yang tiba di Madinah, termasuk dari Indonesia, India, Pakistan, China dan lain-lain lagi. Suasana di Raudhah sudah mulai sesak. Semasa berada di dalam Raudhah, aku terkepung segenap penjuru oleh jamaah dari berbagai negara. Terasa seperti mau sesak nafas, ditolak dan dihimpit, namun dikuatkan hati untuk keluar dari kepungan itu. Alhamdulillah, akhirnya dapat membebaskan diri dari kelompok jemaah itu. Hanya sekali sahaja dapat melawat Raudhah, iaitu pagi sehari sebelum bertolak ke Makkah.


Hari terakhir, selepas solat Subuh, bersama Bik Mun, kami berjalan kawasan berhampiran dengan Makam Nabi Muhammad SAW, untuk lawatan Wada’. Pagi itu kami akan berangkat ke Makkah, setelah hampir 8 hari berada di Madinah. Lawatan selamat tinggal kepada Nabi Muhammad SAW, nabi kesayangan umat Islam. Jamaah wanita tidak lagi dapat berkunjung ke Makam Nabi melalui jalan di dalam Masjid Nabi, oleh itu kami terpaksa mengucapkan selamat tinggal dari luar sahaja. Kami juga berdoa, memohon kepada ALLAH SWT agar diberi kesempatan untuk berkunjung ke Madinah lagi, di lain waktu.