Tuesday, December 14, 2010

Malam...........

Malam... sepi..
hanya bulan datang menemani..
jiwa????
berbaur tidak berasa....

indah malam tidak terasa
bila jiwa hilang rasanya
sepi.. pedih..terluka.. sengsara
hanya rasa2 yang tidak bermakna
jangan jadikan rasa bagai bicara
kerana kata tiada lagi artinya...

biar hati berbicara sendiri
biar jiwa terus melara
bukan diri meminta begini
hanya jiwa berbunga rasa...

jangan salahkan malam yang sepi
salahkan diri
bila rasa2 menelan bahagia
malam kelam tiada berjiwa...........

Sunday, December 12, 2010

Kerja oh.........kerja...

Bukannya tidak seronok bekerja ni.......... memang seronok bekerja, sehingga kadang2 dimarahi oleh anak2 sendiri.... kerana asyik bekerja.. suami memang memahami, hanya mungkin anak2 masih perlukan perhatian, makanya mereka merasa ibunya terlalu mementingkan kerjaya daripada anak2nya sendiri...

Entah mengapa... aku begitu terikat dengan kerja... aku sukakan karier ku sekarang, walaupun sungguh...... orang melihat cara bekerja ini macamlah tiada lagi esok hari.... hinggakan ada yang mengatakan....."aik!! hari Ahad pun kerja jugak??....." tapi.. itulah aku.... bukannya nak mengatakan aku ni 'workchoholic'... tapi, rasanya kerja yang ada itu terlalu banyak, hinggakan kadang2 tak tau mana yang perlu dimulakan dahulu...........

'Time management????'...... mungkin aku perlu belajar mengurus masa... tapi, terlalu banyak yang datang 'in-between' dalam waktu bekerja sehinggakan masa tetap tidak mencukupi.... malam ini, aku kerja lagi.. jam menunjukkan 12.50, tapi masih tidak berganjak dari meja ini..... tugas yang selesai baru separuh... banyak lagi yang perlu dilakukan.....

Moga akan terus ada kekuatan................

Saturday, December 4, 2010

Sesi 2/2010/2011

Sesi baru sudah bermula.....

Mood : Bercampur baur.. bukannya kerana tidak suka, tapi kerana masa rasanya terlalu cemburu... dikejarnya hingga ke hujung jalan......dan kerja pun banyak yang ketinggalan.... Memang banyak cabarannya, moga dengan sokongan dari para sahabat semua, segala cabaran dan kesukaran ini mampu dilalui dengan sabar dan tenang....

Kepada para pelajar, sentiasalah berusaha... sudah banyak contoh dan teladan yang boleh dijadikan sempadan ... jangan kelalaian anda sekarang akan menjadikan pepatah ini "sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tiada gunanya...." menjadi kenyataan.... Gunakanlah segala kesempatan yang ada untuk memajukan diri anda..... Kami membantu, tetapi andalah yang kena berusaha....

Selamat menempuh sesi baru dengan hati yang tenang dan lapang... jadikan semua tugasan itu kerja2 yang meriangkan, jangan pula mengeluh kerana terlalu banyak tugasan yang perlu diselesaikan... kan sekarang masa belajar, oleh itu... belajarlah dengan bersungguh-sungguh..."berakit2 ke hulu, berenang2 ke tepian... bersakit2 dahulu dan bersenang2lah kemudian..."... kejayaan anda adalah kejayaan kami semua...

Friday, November 26, 2010

Gusar.....

Perasaan tidak menentu.. kadang2 hairan dengan sifat dan sikap manusia, mengapa suka melakukan perkara2 yang tidak disukai oleh orang lain.. adakah kerana tidak tahu menjaga hati orang lain??.. atau adakah kerana menunjukkan diri ada kuasa??? lebih berkuasa dari orang lain??.. ingatlah pembalasan Allah itu amat berat sekiranya kita menganiaya orang.... kuasa tidak selamanya berada di tangan kita dan hanya Allah yang Maha Mengetahui.......

Namun, aku gusar dengan keadaan itu... betul2 berada ditengah2, di kiri harimau dan di kanan beruang....... harus kemana aku pergi ???

Ingatlah bahawa tidak selamanya kau akan tenang dengan perlakuan mu sendiri.. ingatlah bahawa setiap perbuatan itu akan mendapat balasan... walaupun mungkin balasan itu agak lewat berlaku... tetapi ingatlah bahawa Allah Maha Adil..... segala perbuatan akan tetap mendapat balasannya... dan sehingga waktu itu, aku akan redha dengan apa yang berlaku... aku anggapkan semua ini adalah dugaan dan aku akan lakukan yang terbaik......walaupun aku kurang mengerti siapa sebenarnya yang cuba kau malukan......... akhirnya nanti, kau akan malukan diri mu sendiri...

Monday, November 15, 2010

KONVO UNISEL KE 5..

Konvokesyen UNISEL ke 5 semakin hampir.. bukan pelajar sahaja yang teruja, kami pensyarah pun teruja sekali... seronok dan gembira rasanya kerana konvo kali ini ramai yang akan naik ke pentas mengambil diploma mereka.. Tahniah ya...

Konvokesyen adalah majlis untuk meraikan anda semua... tamatlah sudah jerih perih menjadi pelajar dulu.. terlepas sudah tanggungjawab sebagai pelajar... membuat kerja kursus, pergi ke kuliah, kena marah, kena leter... ya, kami mengharapkan yang terbaik dan apa yang anda dapat itu adalah apa yang anda sendiri usahakan...

Ada sesetengah pelajar yang gembiranya lebih daripada yang lain kerana mungkin ada yang telah bekerja, mungkin juga gembira kerana telah mendapat keputusan (CGPA) yang cemerlang... mungkin juga ada yang bersedih kerana di saat2 akhir baru sedar akan kepentingan keputusan setiap semester.. tapi, ada pepatah menyatakan..."sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tiada gunanya...".. jadi, kepada para junior, beringat2 lah ya...

Kepada pelajar Kohot 1, 2 dan Kohot 3.. selamat maju jaya dalam kerjaya masing2 ya.. jangan memilih jawatan kerana apa yang penting adalah pengalaman... terima seadanya, moga melalui pengalaman itu akan membawa kepada kejayaan yang lebih manis... Kami tumpang gembira melihat kejayaan anda...

Selamat maju jaya dan tahniah... anda semua adalah kebanggaan kami...

Wednesday, November 10, 2010

KK oh KK....

KK?.... bukan Kota Kinabalu tapi Kuala Kangsar...

13hb November 2010 adalah langkah lawatan yang ke 4 ke Kg Paya Merbau, Kuala Kangsar... tak sangka, semakin lama rasanya semakin dekat jarak ke sana.... Atas jemputan menghadiri kenduri, maka langkah akan menjadi semakin panjang..... moga, semuanya sihat sejahtera dan dapat menghadiri kenduri dengan selamatnya..

Kepada tuan rumah dan rumah besannya, moga sentiasa sihat dan tenang dalam membuat persiapan akhir perlaksanaan kenduri ini... InsyaAllah.. kami datang untuk meramaikan majlis.. moga makin meriah .....

Saturday, October 30, 2010

Belajar memasak laksa...

Anak dara saya ni memang suka sangat makan laksa... bila pergi makan je kat luar, minta laksa.. pasar malam...laksa.. sampaikan yang jual laksa pun dah kenal.... jadi, pada suatu hari, dia cuba memasak kuah laksa.......maklum, mamanya orang sibuk... nak memasak yang remeh-remeh ni tak sempat...

Dia sms saya kenapa kuah laksanya terasa lain macam... saya kata, tunggulah saya balik dulu barulah saya boleh rasa.. saya juga bertanyakan bahan-bahan yang digunakan untuk memasak kuah laksa itu... dia kata, semua yang perlu dimasukkan, dia dah sediakan... (tengok buku resepilah tu...)

Sampai di rumah, saya pun mencuba masakannya... rupa-rupanya cuma kekurangan garam dan asam keping.. jadi, rasanya kurang masin dan kurang masam.... saya kacau dalam kuah laksa itu, terdapat serai.. saya dok fikir, rasanya saya tak pernah buat kuah laksa menggunakan serai.. mungkin itulah yang menyebabkan rasanya agak berlainan........ tapi, bolehlah dimakan juga ... bolehlah tahan, baru pertama kali dia buat kuah laksa sendiri...

Yang penting adalah keinginan untuk mencuba... apabila telah mencuba, dah tau apa kekurangan pada rasa masakannya, nanti lain kali membuat kuah laksa itu akan tau apa yang perlu dimasukkan sebagai bahan-bahannya... Alhamdulilah... alah bisa tegal biasa.... dan sudah terlalu lama bermanja, semua disediakan... kini waktunya untuk berdikari dan belajar masuk ke dapur... kerana walau tinggi manapun pendidikan yang kita terima, orang perempuan kena masuk ke dapur juga....

Friday, October 29, 2010

Exam oh exam...

Sebenarnya boleh dikatakan lega juga sebab kerja2 menyemak kertas peperiksaan sudah hampir sampai kemuncaknya.... OK????????? tidak boleh dinyatakan di sini kerana masih menunggu kelulusan dari pihak pengurusan... walaubagaimanapun, harapan adalah tinggi melangit...

Moga semuanya akan selamat..........

Monday, October 25, 2010

Persoalan...

Persoalan sentiasa membelenggu diri ini...mengapa dan kenapa???

Sekiranya ada yang terasa dengan penulisan kali ini, hanya kemaafan yang dipinta... hati sentiasa berbicara tentang kasih, sayang, rindu, simpati, kasihan... cinta... tanggungjawab, komitmen.....

Terfikir juga dibenak ini mengapa agaknya terjadi keadaan ini.. makin dihalang supaya tidak berlaku, tetapi itulah yang berlaku.. bukan kasih, sayang atau rasa rindu itu yang salah, tetapi perlakuan dirilah yang tidak kena... kontroversi... mengapa perlu ada kontroversi?? tidakkah mudah sekiranya biarkan saja semuanya berlalu tanpa kontroversi??...

Maaf, bukan niat mahu menjaga tepi kain orang.. tetapi, apa yang terjadi ini secara tidak langsung akan berbalik kepada diri sendiri... Hasrat dihati adalah tulus, tiada niat lain... dan kesedaran tetap ada bahawa memang tiada manusia yang sempurna...oleh itu..terimalah seadanya....

Maaflah sekiranya diri terasa terbelenggu... tiada niat lain hanya ingin sama2 meringankan beban minda dan perasaan... namun, sekiranya hasrat itu rasanya menyusahkan........ tidak perlulah hargai rasa-rasa ini...

Saturday, October 16, 2010

Kesepian....

Sunyi benar malam ini.. baru semalam ditinggalkan keseorangan sudah terlalu sunyi rasanya... itupun diselang seli dengan panggilan telefon.... inilah agaknya rasa seorang ibu apabila anak2nya sudah ada kehidupan sendiri nanti... sunyi... sepi.. sengsara....

Moga anak2 akan sentiasa mengingati ibu dah ayahnya... malam sunyi dan syahdu ini menjadikan aku membayangkan masa akan datang nanti..apa yang akan berlaku nanti..gerun rasanya.........

Hidup perlu diteruskan...........tabahkan hati, kuatkan iman...

Tuesday, October 12, 2010

Peperiksaan akhir Semester 1/2010/2011...

Minggu ini bermula peperiksaan akhir semester 1/2010/2011... doaku sentiasa mengiringi pelajar2 yang menjadi nombor kedua kepada anak2 sendiri... moga semua dapat menjawab soalan dengan baik...

Tiada apa harapan kami para pengajar, kecuali harapan agar semuanya dapat menjawab soalan dengan baik... seberapa daya telah dicurahkan, sebanyak mana ilmu telah diserahkan untuk menjadikan anda semua orang yang berjaya... namun segelintir antara anda ini amat keras dan sukar untuk dibentuk.. tidak tahu di mana silapnya, mungkin belum ada kesedaran atau mungkin belum ada perasaan lagi..ingatlah semuanya bahawa muda hanya datang sekali... betapa kami begitu berharap agar anda semua mencapai kejayaan..

Kht 10 - harapan agar anda semua berjaya melangkah ke semester depan dengan jayanya..
Kht 5 - walaupun sukar, anda semua adalah penyeri kehidupan setiap hari... moga beroleh kejayaan dalam peperiksaan, dan seterusnya dapat menjalani latihan industri di semester hadapan... hayatilah dan rasailah hari2 terakhir sebagai pelajar dengan hati yang riang... moga apabila meninggalkan UNISEL nanti, kejayaan di luar sana pula dapat dikecapi....

Kht 6, 7, 8, 9 & 11 - walaupun anda semua tiada di kelas untuk semester ini, namun kejayaan anda semua tetap dalam perhatian... jumpa nanti di semester hadapan...

Hargailah peluang yang ada dengan sepenuhnya... kejayaan anda semua adalah kejayaan kami juga..... jadikan yang baik sebagai teladan dan yang buruk jadikan sempadan.........

Hidup perlu diteruskan............dan ingatlah... masa itu emas...

Monday, October 11, 2010

Rasa-rasa hati...

Mulakan hari dengan Bismillah...

...moga rasa yang sebegini akan terbang sendiri
bersama matahari dilangit yang makin meninggi..
moga rasa-rasa ini cuma dirasai sendiri
walaupun rasa ini menjadikan hati tidak setenteram semalam...
dan moga rasa ini
hanyalah rasa-rasa yang dimainkan oleh kecewa semata...

moga dengan Bismillah memulakan hari
akan menghilangkan rasa yang membelenggu diri...

Saturday, October 9, 2010

Ibu hanya seorang........

Apabila seorang ibu itu sakit, anak-anaklah yang paling sedih dan risau...... terutamanya apabila ibu itu dimasukkan ke ICU kerana sakit yang kritikal......

Betul kata pepatah .."Ibu boleh menjaga 10 orang anak, tetapi 10 orang anak belum tentu dapat menjaga ibunya yang seorang".. Anak2 kini hanya sibuk dengan urusannya sendiri hingga mengabaikan ibunya dan mengharapkan agar orang lain datang menjenguk ibunya di hospital bagi pihak dirinya........ aku jadi kaku dan beku.... aku letakkan diriku di tempat ibu itu... dapatkah anak-anak ku yang 5 orang itu menjaga ku dihari tua ku nanti........???

Sepenuh kasih sayang telah dicurahkan, tanpa mengira akan masa, kewangan dan penderitaan diri sendiri demi mempastikan anak-anak membesar dengan sempurna, dari segi mental dan fizikal, dari segi rohani dan jasmani.... tetapi, kadang2 tidak dimengerti di mana silapnya hinggakan berlaku/wujudnya anak yang tidak ambil kisah akan ibunya... sedangkan kita hanya perlu menjaganya ketika dia masih ada.... terlalu lamakah tempoh itu???

Janganlah terlalu memikirkan kepentingan diri sendiri.. hargailah ibu selagi dia masih ada... dan ingatlah, apa jua perlakuan kita terhadap ibu kita, akan diperhati oleh anak2 kita... dan tidak mustahil seandainya diri kita akan diperlakukan begitu pula... sebagai pembalasan... Dan aku sungguh kagum dengan mu Nash... Perhatian terhadap ibumu menjadikan aku terfikirkan adakah aku mampu melahirkan seorang anak yang setia seperti mu.. terhadap aku, ibunya...??

Mohonku kepada Allah, jadikanlah anak2 ku anak yang taat, setia dan kasih terhadap ibu dan ayahnya... jadikan lah anak2ku anak yang tau mengenangkan kasih sayang ibu ayahnya, kerana bukan balasan jasa yang dipinta, hanya pengertian dan sekelumit rasa cinta dan kasih untuk dijadikan bekalan dihari tua...

Friday, October 8, 2010

Hidup tidak lengang dari masalah..........

Hati ini begitu tersentuh.... Pilu mendengarkan seorang anak yang terkapai2 tiada haluan dek perpecahan perkahwinan ibu ayah.. tentu anak ini mengharapkan kebahagiaan dan kasih sayang dari ibu ayahnya..... rasa simpatiku membuak-buak... aku turut menangis di dalam hati melihat matanya yang merah kepedihan......

Aku rasai kepedihan itu... dan memohon agar bukalah pintu hati untuk berkongsi perasaan dengan orang lain... agar nafas dapat dilepaskan dengan lega, dan bukannya terbuku di dalam dada... buanglah rasa ego itu kerana perkongsian rasa akan dapat mengelakkan diri dari melakukan perkara yang akan dikesali suatu hari nanti......

Belajarlah untuk menjadi diri yang lebih dewasa dan matang..... jadikan semua ini sebagai pengajaran yang paling berharga untuk meniti kehidupan.. jadikan ia sebagai tauladan dan sempadan agar hidupmu nanti penuh bermakna... dan ingatlah, kuatkan azam agar apa yang berlaku ini cuma berlaku pada dirimu dan tidak akan berlaku kepada anak-anak yang bakal dilahirkan nanti....

Kejarlah cita-citamu...... dan ingatlah.. masih ada yang sayang....

Saturday, September 4, 2010

Aidil Fitri 1431 Hijrah

Hari ini pergi membeli baju untuk anak2... persiapan hari raya?.. begitulah... Bila pergi membeli belah beramai-ramai, macam2 kerenah manusia.. semua nak cepat, semua nak cantik, semua nak segera......jadinya, ada jugalah berkecil hati...

Tak dapat nak elak keadaan ini dan mood pun bercampur baur... letih, penat, bosan.. semuanya bercampur-campur.... banyak perkara yang perlu diselesaikan.. nak kemas rumah, nak pulihkan keletihan, nak puaskan hati semua orang.... rasa2nya tidak tercapai.. tapi lakukanlah apa yang perlu dilakukan....

Semalam gembira dapat berbuka dengan AZ dan ISJ.. walaupun tempat dan juadah berbuka tidak begitu memuaskan hati, namun... itulah yang ada.. begitu ramai orang di PAS .. tak sangka pulak ramai yang berbuka di luar.. maklumlah setelah sekian lama, baru dapat berbuka di luar... apa yang diinginkan tidak dapat diperolehi..hasrat untuk berbuka di Kenny Rogers, Ani Sup Utara, Domino Pizza, KFC.. semuanya penuh... mungkin lain kali...

Tinggal 5 hari lagi puasa.. memang sedih hendak meninggalkan Ramadhan... terlalu banyak yang tak sempat dilakukan.. Terawih, Tadarus.... hmmm...adakah nanti kesempatan lain??.. Semoga Allah memberikan masa dan peluang lagi...

Selamat menyambut Aidil Fitri 1431 Hijrah.. moga raya tahun ini lebih memberi erti dan makna dalam kehidupan dan dalam hubungan sesama insan...........

Tuesday, August 31, 2010

Malam Kemerdekaan Ke 53

31 Ogos 2010...

Hari Kemerdekaan yang ke 53 telah datang... begitu cepat masa berlalu, dan hari ini merupakan tarikh kemerdekaan yang sudah matang (untuk usia seorang insan...) 53 tahun adalah waktu yang panjang dan mendewasakan... moga anak2 muda sekelian faham tentang maksud kemerdekaan yang sebenarnya... hargailah kemerdekaan ini.. kerana sebenarnya Malaysia secara tidak langsung sudah dijajah semula.. dijajah oleh kebanjiran orang asing, oleh budaya yang semakin hancur... pergaulan bebas, dan semuanya yang rasanya sudah semakin menyimpang dari jalan yang benar..........

Hati sebenarnya bimbang melihat apa yang berlaku sekarang ini kerana sebagai seorang ibu, perhatian ku adalah kepada anak2... anak2 kandung dan juga anak2 didik ku.. hati bimbang kerana semua ibu mengharapkan yang terbaik untuk anak2 nya... jadilah insan yang soleh, berpegang pada agama dan berusaha bersungguh2 untuk mencapai kejayaan... namun, apa yang berlaku kadang2 di luar kawalan... mata memandang dengan curiga, hati bimbang takut terkecewa... moga2 anak-anak ku semua dapat melihat dengan jelas yang mana salah dan yang mana benar...sesungguhnya hanya kebahagiaan anda semua yang menjadi keutamaan...

Bebaskan lah diri anda dari jajahan minda yang dicetuskan oleh yahudi.. berfikirlah sedalam2nya sebelum membuat sebarang keputusan atau tindakan... sesungguhnya, berfikir itu adalah yang lebih baik dari menurut hawa nafsu orang muda... sesal dahulu pendapatan.. sesal kemudian tiada gunanya....

Tumpukanlah perhatian kepada pelajaranmu... Peperiksaan akhir semakin hampir, moga semuanya akan lulus dengan cemerlang... Hayatilah erti sebenar sebuah kemerdekaan ini.. bukan hanya sekadar percikan bunga api atau laungan "MERDEKA...MERDEKA....MERDEKA.." Merdekakanlah jiwamu dengan kejayaan dan kebahagiaan hidup, dunia dan akhirat... Jejakilah jalan yang benar walaupun ianya berliku.... Jadikanlah dirimu seorang insan yang berguna kepada ibu bapa, agama dan negara.........

Friday, July 30, 2010

Jumaat, 30 Julai 2010

Hari ini... melawat pelajar Latihan Industri di Perpustakaan KUIS dan PNM.. bagus, maklumbalas positif.. jadi, rasanya tidak sia2 ilmu yang diberikan selama ini.. terima kasih penyelia di KUIS.. dan di PNM.. walaupun PNM sedang dalam proses perpindahan ke bangunan baru, harapan kami pelajar praktikal dari UNISEL tidak akan diabaikan..

Petang... bertemu anak2 murid.. dan bawa semuanya untuk makan ramai2 di rumah.. maaflah atas layanan yang tidak seberapa.. harap semuanya ok dan tiada berita yang tidak menyenangkan dibawa balik ke UNISEL.. jagalah diri baik2.. berkawan tidak mengapa, tetapi jagalah tatasusila orang Melayu dan adab dalam agama.. orang kata, berkawan biar seribu, berkasih biar satu... moga berkekalan persahabatan itu sampai ke jinjang pelamin.. kenalah jaga diri ya..

Dan.. tidak lupa untuk mengucapkan selamat hari jadi kepada ISJ.. moga sentiasa bahagia, gembira, murah rezeki dan panjang umur.. hargailah ibu dan famili yang menyayangi anda...

Wednesday, July 28, 2010

Berkongsi...hidup tidak perlu menyusahkan orang....

Menjadi pensyarah bukan hanya memberi syarahan di kelas... menjadi pensyarah memerlukan kita meletakkan diri kita sebagai ibu dan bapa para pelajar.. dan menjadi pensyarah menjadikan kita terpaksa berkongsi masalah...

Aku cuba untuk menyelami hati para pelajar... separuh daripada mereka terasa begitu dekat dengan ku... rasanya macam anak2 sendiri... dan setiap manusia itu tidak sempurna... masing2 ada kelemahan dan kelemahan aku ............. aku terlalu lembut dalam pendekatan ku menyelesaikan masalah para remaja ini... entahlah.. anak2 sendiri rasanya tidak terkawal, cuma aku harapkan dengan anak2 pelajar ini, harap2 aku dapat mendekatkan diri dengan mudah dan dapat mengongsi masalah dengan mereka... keterbukaan ini diharapkan akan dapat membantu mereka... kerana, hidup tidak perlu menyusahkan orang........

Masalah tidak datang dengan sendiri.. masalah hadir kerana diri tidak pernah sedar akan kesilapan yang dilakukan.. sedarlah... hargailah kasih sayang ibu dan ayah yang telah dicurahkan kepada anda semua... ibu dan ayah merayu agar anda dapat menyambung pengajian.. tetapi diri anda sendiri... adakah anda benar2 menghargai usaha ibu dan ayah itu...... aku dapat merasakan apa yang ibu dan ayah itu rasakan kerana diri ku sendiri adalah seorang ibu..... yang begitu besar harapan terhadap anak2 nya... tetapi..... wahai anak2.... cubalah selami hati orang tua mu ini..... hidup bukannya lama, dan dalam kehidupan dunia ini teringin benar untuk merasai kejayaan mendidik anak2........kejayaan yang dikecapi itu adalah untuk anda sendiri..kami hanya mahu menumpang senang.. melihat anda senang........ kekadang.. tercari-cari di mana silapnya...

Hari ini Bella menyajikan cerita seorang rakannya yang perlu membantu mengerjakan tugas-tugas di rumah ... dengan upah yang begitu tidak adil... sekiranya tugas2 yang perlu dibuat tidak dilakukan, rakannya itu akan dikasari.. dengan cara dipukul... aku tanya Bella.. sukakah kalau ibu bapanya begitu?? tentu jawapannya tidak suka.... itulah kehidupun ini... betapa pun rasa kurangnya diri kita, akan ada orang yang lebih lagi kurangnya dari kita.... hidup ini maha adil......... dan hidup tidak perlu menyusahkan orang...

Wahai pelajar-pelajar ku... hargailah hari muda ini.... belajarlah bersungguh2.. demi kehidupan yang baik di dunia dan akhirat... kami hanya menumpang senang dan bahagia... melihat kejayaan dan kebahagiaan anda... jasa bukan perlu dibalas.. cuma perlu dihargai...

Sunday, July 25, 2010

Program Bakti Siswa DLS UNISEL

Hari ni berehat di rumah.. bukanlah berihat duduk diam, terpaksa melakukan kerja2 yang tidak dibuat sepanjang cuti minggu.. best mengikut pelajar2 DLS UNISEL ke Kpg Lubuk Merbau, Kuala Kangsar... happy, penat.. tapi memang seronok... dapat ku rasa kegembiraan ahli keluarga di sana menerima anak2 angkat dan kegembiraan anak2 angkat diterima dengan hati terbuka oleh orang kampung di sana........ Alhamdulilah, segalanya berjalan dengan lancar...

Musim buah-buahan rupanya.. so.. menjejak dusun, mengutip durian, rambutan dan langsat.. merasai kehidupan di dusun.... banyak sungguh pokok durian Cho...(mengikut panggilah Firdaus kepada mak angkatnya..) kalau ada masa, teringin untuk datang lagi ke sana.. bila dah selalu ulang alik ke KK (dah dua kali).. sudah tidak terasa jauh lagi... bulan November boleh ke sana lagi, kenduri kakak Amirul....

Sampai di rumah dari BJ dalam jam 11.45 pm.. Abah dah tunggu.. so, sembang kejap tentang kenangan di sana...

Tuai padi antara nampak
esok jangan layu-layuan
intai kami antara nampak
esok jangan rindu-rinduan...

Kalau ada sumur di ladang
boleh saya menumpang mandi
kalau ada umur yang panjang
boleh kita berjumpa lagi...

Kepada ahli keluarga di sana, Pakcik Sapian, isteri dan keluarga, Tok Penghulu dan isteri, ibu dan ayah angkat serta semua orang kampung.... terima kasih yang tidak terhingga diucapkan... Memang program Bakti Siswa di Kampung Lubok Merbau KK begitu menyeronokkan dan meninggalkan banyak kenangan (walaupun meletihkan, terutamanya bagi orang2 kampung yang tidak henti2 membantu memasak, mengemas, dsb.) ... bukan saja kepada pelajar-pelajar yang mengambil bahagian, malah kepada para pensyarah yang turut datang meramaikan majlis.......... Moga pertalian keluarga yang telah dijalinkan akan berpanjangan...........

Kepada anak2 angkat, sering2 lah menjenguk keluarga di sana.... kerana, persaudaraan tidak akan putus sekiranya anda semua sentiasa mengingati dan sering menziarahi...

Kepada Pengarah Program dan semua ahli jawatankuasa... tahniah!! Program yang dirancang telah dapat dijalankan dengan jayanya.. selepas ini boleh lah memberi tumpuan yang tidak berbelah bahagi kepada pelajaran pula... saya gembira dapat mengenali anda semua (karakter sebenar pelajar2 DLS UNISEL) di luar waktu kelas...

Jadikan pengalaman untuk mematangkan dan mendewasakan diri anda semua.. kerana pengalaman tidak dapat dipelajari di dalam kelas.....Jadikan diri anda seorang yang matang, mudah dibawa berbincang, bertolak ansur dan tidak mementingkan diri sendiri.. kerana apabila kerja berpasukan, semua terlibat untuk mempastikan tugas yang diberikan itu berjaya atau sebaliknya.......

Sekian.........coretan dari Shah Alam.........

Tuesday, July 20, 2010

Final oh final...

Lewat lagi hari ni.. selagi belum siap mid-term dan final paper ni, rasanya tak senang hati... jadi, akan diteruskan perjuangan... harap dapat habiskan semuanya dalam minggu ini juga sebab Jumaat nanti akan memulakan perjalanan ke Projek Bakti Siswa di Kuala Kangsar Perak......... demi menyokong aktiviti yang dijalankan oleh para pelajar, maka.... waktu perlu dikorbankan...

Pagi mengikuti kelas Cik Sal... 'refresh' kan ingatan sebenarnya, maklum..... sudah lama tidak berkecimpung dalam bidang ini, ada yang ingat ada yang lupa..... yang penting, mengikuti kelas itu supaya ingatan kembali timbul... Alhamdulilah... setakat ini, berkesan.......

Tinggal satu set soalan lagi...... so, kuatkan semangat wahai hati... moga dapat dihabiskan malam ini juga........

Monday, July 19, 2010

Balik lewat.................

Letih?................

Memang letih... jam sudah 10.14pm, tapi kerja masih belum selesai............. matapun dah letih, tapi ... masih perlu meneruskan tugas2 ini.... dah hampir siap sebenarnya... tinggal apa orang kata ..'final touch-up?'........

Masih berada di ofis .. mujur ada dua orang peneman setia yang sanggup sama-sama membuat kerja....tapi kerja masing2...... untunglah, kerana ada teman maka hati pun kuat untuk balik lewat... Esok kami akan meneruskan misi mencari sumbangan di sekitar Shah Alam...... moga-moga akan mendapat berita baik esok.. dan moga akan ada orang yang murah hati untuk sama-sama memberi sumbangan kepada aktiviti yang akan dijalankan...

Ku nanti esok dengan penuh harapan......ku lontarkan jauh2 apa yang dikatakan orang kerana kerja tidak akan menjadi hanya kerana kata-kata...... tangan juga yang akan menjanjikan tugas itu selesai atau sebaliknya...yang penting, hidup perlu diteruskan...

Sunday, July 18, 2010

Ahad - Rihat?

Hari Ahad dilalui seperti biasa...Rihat?... memang tak rihat, banyak aktiviti seharian... pasar, melawat saudara, memasak, mengemas.... kerja rumahtangga yang tidak pernah habis...

Juga, seorang 'anak' pergi temuduga hari ini.. tidak ku tahu hasratnya ... samada mahu bekerja di Darul Naim, atau terus di sini saja... tidak pernah berhasrat untuk mempengaruhi keputusannya kerana... dia berhak membuat keputusan sendiri ... berlandaskan kepada input dari keluarga terdekatnya... Semoga keputusan yang diambil akan benar2 memberi manfaat dan kebaikan kepada diri dan keluarganya...

Hari ini juga, mendapat tahu bahawa saudara yang dimasukkan ke wad hospital itu rupa-rupanya hanya disuspek H1N1.. Alhamdulilah.. sudahpun keluar dari wad di Teluk Intan itu... Maaflah, belum sempat datang menjenguk, cuma diharapkan beliau akan terus sihat walafiat...

Kepada CT yang baru balik ke asrama di KP, studilah dengan bersungguh-sungguh... tiada apa yang diharapkan oleh mak dan abah, selain dari kejayaanmu...cabaran memang tiada hentinya, harapan agar sentiasa bersabar dan cepatlah dewasa... moga dapat memahami apa yang mak dan abah rasa dan perlukan...

Esok tugasan memang banyak yang menunggu... Kerja yang tidak pernah habis tapi... keseronokon menjalani kerja ini serta cabaran-cabaran yang perlu ditempuhi menjadikan diri semakin matang dan 'cool'....... biarlah apa orang mahu kata, asalkan kerja/tugas yang perlu dilakukan itu dapat dijalankan dengan sebaik mungkin dan sempurna... kerana bagiku, kalau kita hanya mendengar kata orang, hati akan sakit dan kerja tidak akan dapat diselesaikan... jadi.. kepada orang-orang di luar sana tu, janganlah hanya mencari salah orang lain... buatlah kerja sendiri, semoga anda mendapat kepuasan yang hakiki............... Aku???? Tiada masalah, asalkan kerja ku siap dan tidak menyusahkan orang lain, bagiku itu sudah mencukupi........... yang penting, wahai anak2 didik ku... hayatilah dan terimalah segala ilmu yang diberi itu dengan hati yang terbuka..moga kejayaan menanti di hujung jalan.........

Ku tunggu hari esok dengan penuh harapan...

Friday, July 16, 2010

Sabtu oh Sabtu...

Bila hari Sabtu, sungguh banyak tugasan di rumah yang perlu diganti semula... berkebun, membasuh, memasak...dll. Berkebun? Memang anak-anak selalu memberi maklumbalas agar tidak membeli apa-apa bunga, pokok dan sebagainya. Dikatanya, semua dibeli tetapi tidak dijaga.... Bukan tidak mahu, tetapi masa kadang-kadang masa menjadi terlalu terhad di hari bekerja... maka, Sabtu seperti inilah baru sempat untuk menggembur tanah, menabur baja malah menyiram pokok...

Kerja memang tidak pernah habis....

Sudah dipanggil untuk menghantar si Bella ke sekolah, menjadi penyokong Thailand untuk Majlis Sukan Sekolah-Sekolah ASEAN...

Malam permulaan

Assalamualaikum...
Ini adalah percubaan pertama menulis dalam blog. Selalu terserempak dengan blog semasa membuat pencarian bahan untuk nota dan sebagainya, tetapi belum pernah berhasrat untuk menulis sendiri. Mungkin inilah permulaannya..

Hari ini hari dipenuhi dengan usaha-usaha untuk mendapatkan tajaan untuk projek Bakti Siswa pelajar DLS UNISEL yang akan diadakan pada 23-25 Julai 2010 di Kuala Kangsar, Perak. Sebenarnya tidak pernah menjalankan usaha seperti ini, tetapi kali ini teringin pula untuk mendapatkan pengalaman dan 'rasa' mencari tajaan dari pelbagai agensi di sekitar Shah Alam, bersama 'pakar' mencari tajaan (jangan marah Irma)... Inilah kenyataannya.. Tanpa dorongan, galakan dan bantuannnya, sudah pasti usaha ini tidak akan terlaksana.

Memenatkan tetapi kepuasan tetap ada.. Inilah rasa sebenarnya, melihat penerimaan agensi-agensi tersebut terhadap permohonan tajaan... ada yang positif, ada yang negatif, ada yang menyokong dan ada juga yang menolak secara total.. Tidak dapat menyalahkan sesiapa kerana ini adalah 'free contribution' dari masyarakat...

Walau apapun, kepada yang memberi sokongan, terima kasih diucapkan. Usaha akan diteruskan pada hari Selasa (20 Julai) nanti.. moga akan mendapat kejayaan, walaupun hanya sedikit....

Inilah pengalaman namanya... moga tidak terlewat untuk merasakan pengalaman ini...