Friday, July 30, 2010

Jumaat, 30 Julai 2010

Hari ini... melawat pelajar Latihan Industri di Perpustakaan KUIS dan PNM.. bagus, maklumbalas positif.. jadi, rasanya tidak sia2 ilmu yang diberikan selama ini.. terima kasih penyelia di KUIS.. dan di PNM.. walaupun PNM sedang dalam proses perpindahan ke bangunan baru, harapan kami pelajar praktikal dari UNISEL tidak akan diabaikan..

Petang... bertemu anak2 murid.. dan bawa semuanya untuk makan ramai2 di rumah.. maaflah atas layanan yang tidak seberapa.. harap semuanya ok dan tiada berita yang tidak menyenangkan dibawa balik ke UNISEL.. jagalah diri baik2.. berkawan tidak mengapa, tetapi jagalah tatasusila orang Melayu dan adab dalam agama.. orang kata, berkawan biar seribu, berkasih biar satu... moga berkekalan persahabatan itu sampai ke jinjang pelamin.. kenalah jaga diri ya..

Dan.. tidak lupa untuk mengucapkan selamat hari jadi kepada ISJ.. moga sentiasa bahagia, gembira, murah rezeki dan panjang umur.. hargailah ibu dan famili yang menyayangi anda...

Wednesday, July 28, 2010

Berkongsi...hidup tidak perlu menyusahkan orang....

Menjadi pensyarah bukan hanya memberi syarahan di kelas... menjadi pensyarah memerlukan kita meletakkan diri kita sebagai ibu dan bapa para pelajar.. dan menjadi pensyarah menjadikan kita terpaksa berkongsi masalah...

Aku cuba untuk menyelami hati para pelajar... separuh daripada mereka terasa begitu dekat dengan ku... rasanya macam anak2 sendiri... dan setiap manusia itu tidak sempurna... masing2 ada kelemahan dan kelemahan aku ............. aku terlalu lembut dalam pendekatan ku menyelesaikan masalah para remaja ini... entahlah.. anak2 sendiri rasanya tidak terkawal, cuma aku harapkan dengan anak2 pelajar ini, harap2 aku dapat mendekatkan diri dengan mudah dan dapat mengongsi masalah dengan mereka... keterbukaan ini diharapkan akan dapat membantu mereka... kerana, hidup tidak perlu menyusahkan orang........

Masalah tidak datang dengan sendiri.. masalah hadir kerana diri tidak pernah sedar akan kesilapan yang dilakukan.. sedarlah... hargailah kasih sayang ibu dan ayah yang telah dicurahkan kepada anda semua... ibu dan ayah merayu agar anda dapat menyambung pengajian.. tetapi diri anda sendiri... adakah anda benar2 menghargai usaha ibu dan ayah itu...... aku dapat merasakan apa yang ibu dan ayah itu rasakan kerana diri ku sendiri adalah seorang ibu..... yang begitu besar harapan terhadap anak2 nya... tetapi..... wahai anak2.... cubalah selami hati orang tua mu ini..... hidup bukannya lama, dan dalam kehidupan dunia ini teringin benar untuk merasai kejayaan mendidik anak2........kejayaan yang dikecapi itu adalah untuk anda sendiri..kami hanya mahu menumpang senang.. melihat anda senang........ kekadang.. tercari-cari di mana silapnya...

Hari ini Bella menyajikan cerita seorang rakannya yang perlu membantu mengerjakan tugas-tugas di rumah ... dengan upah yang begitu tidak adil... sekiranya tugas2 yang perlu dibuat tidak dilakukan, rakannya itu akan dikasari.. dengan cara dipukul... aku tanya Bella.. sukakah kalau ibu bapanya begitu?? tentu jawapannya tidak suka.... itulah kehidupun ini... betapa pun rasa kurangnya diri kita, akan ada orang yang lebih lagi kurangnya dari kita.... hidup ini maha adil......... dan hidup tidak perlu menyusahkan orang...

Wahai pelajar-pelajar ku... hargailah hari muda ini.... belajarlah bersungguh2.. demi kehidupan yang baik di dunia dan akhirat... kami hanya menumpang senang dan bahagia... melihat kejayaan dan kebahagiaan anda... jasa bukan perlu dibalas.. cuma perlu dihargai...

Sunday, July 25, 2010

Program Bakti Siswa DLS UNISEL

Hari ni berehat di rumah.. bukanlah berihat duduk diam, terpaksa melakukan kerja2 yang tidak dibuat sepanjang cuti minggu.. best mengikut pelajar2 DLS UNISEL ke Kpg Lubuk Merbau, Kuala Kangsar... happy, penat.. tapi memang seronok... dapat ku rasa kegembiraan ahli keluarga di sana menerima anak2 angkat dan kegembiraan anak2 angkat diterima dengan hati terbuka oleh orang kampung di sana........ Alhamdulilah, segalanya berjalan dengan lancar...

Musim buah-buahan rupanya.. so.. menjejak dusun, mengutip durian, rambutan dan langsat.. merasai kehidupan di dusun.... banyak sungguh pokok durian Cho...(mengikut panggilah Firdaus kepada mak angkatnya..) kalau ada masa, teringin untuk datang lagi ke sana.. bila dah selalu ulang alik ke KK (dah dua kali).. sudah tidak terasa jauh lagi... bulan November boleh ke sana lagi, kenduri kakak Amirul....

Sampai di rumah dari BJ dalam jam 11.45 pm.. Abah dah tunggu.. so, sembang kejap tentang kenangan di sana...

Tuai padi antara nampak
esok jangan layu-layuan
intai kami antara nampak
esok jangan rindu-rinduan...

Kalau ada sumur di ladang
boleh saya menumpang mandi
kalau ada umur yang panjang
boleh kita berjumpa lagi...

Kepada ahli keluarga di sana, Pakcik Sapian, isteri dan keluarga, Tok Penghulu dan isteri, ibu dan ayah angkat serta semua orang kampung.... terima kasih yang tidak terhingga diucapkan... Memang program Bakti Siswa di Kampung Lubok Merbau KK begitu menyeronokkan dan meninggalkan banyak kenangan (walaupun meletihkan, terutamanya bagi orang2 kampung yang tidak henti2 membantu memasak, mengemas, dsb.) ... bukan saja kepada pelajar-pelajar yang mengambil bahagian, malah kepada para pensyarah yang turut datang meramaikan majlis.......... Moga pertalian keluarga yang telah dijalinkan akan berpanjangan...........

Kepada anak2 angkat, sering2 lah menjenguk keluarga di sana.... kerana, persaudaraan tidak akan putus sekiranya anda semua sentiasa mengingati dan sering menziarahi...

Kepada Pengarah Program dan semua ahli jawatankuasa... tahniah!! Program yang dirancang telah dapat dijalankan dengan jayanya.. selepas ini boleh lah memberi tumpuan yang tidak berbelah bahagi kepada pelajaran pula... saya gembira dapat mengenali anda semua (karakter sebenar pelajar2 DLS UNISEL) di luar waktu kelas...

Jadikan pengalaman untuk mematangkan dan mendewasakan diri anda semua.. kerana pengalaman tidak dapat dipelajari di dalam kelas.....Jadikan diri anda seorang yang matang, mudah dibawa berbincang, bertolak ansur dan tidak mementingkan diri sendiri.. kerana apabila kerja berpasukan, semua terlibat untuk mempastikan tugas yang diberikan itu berjaya atau sebaliknya.......

Sekian.........coretan dari Shah Alam.........

Tuesday, July 20, 2010

Final oh final...

Lewat lagi hari ni.. selagi belum siap mid-term dan final paper ni, rasanya tak senang hati... jadi, akan diteruskan perjuangan... harap dapat habiskan semuanya dalam minggu ini juga sebab Jumaat nanti akan memulakan perjalanan ke Projek Bakti Siswa di Kuala Kangsar Perak......... demi menyokong aktiviti yang dijalankan oleh para pelajar, maka.... waktu perlu dikorbankan...

Pagi mengikuti kelas Cik Sal... 'refresh' kan ingatan sebenarnya, maklum..... sudah lama tidak berkecimpung dalam bidang ini, ada yang ingat ada yang lupa..... yang penting, mengikuti kelas itu supaya ingatan kembali timbul... Alhamdulilah... setakat ini, berkesan.......

Tinggal satu set soalan lagi...... so, kuatkan semangat wahai hati... moga dapat dihabiskan malam ini juga........

Monday, July 19, 2010

Balik lewat.................

Letih?................

Memang letih... jam sudah 10.14pm, tapi kerja masih belum selesai............. matapun dah letih, tapi ... masih perlu meneruskan tugas2 ini.... dah hampir siap sebenarnya... tinggal apa orang kata ..'final touch-up?'........

Masih berada di ofis .. mujur ada dua orang peneman setia yang sanggup sama-sama membuat kerja....tapi kerja masing2...... untunglah, kerana ada teman maka hati pun kuat untuk balik lewat... Esok kami akan meneruskan misi mencari sumbangan di sekitar Shah Alam...... moga-moga akan mendapat berita baik esok.. dan moga akan ada orang yang murah hati untuk sama-sama memberi sumbangan kepada aktiviti yang akan dijalankan...

Ku nanti esok dengan penuh harapan......ku lontarkan jauh2 apa yang dikatakan orang kerana kerja tidak akan menjadi hanya kerana kata-kata...... tangan juga yang akan menjanjikan tugas itu selesai atau sebaliknya...yang penting, hidup perlu diteruskan...

Sunday, July 18, 2010

Ahad - Rihat?

Hari Ahad dilalui seperti biasa...Rihat?... memang tak rihat, banyak aktiviti seharian... pasar, melawat saudara, memasak, mengemas.... kerja rumahtangga yang tidak pernah habis...

Juga, seorang 'anak' pergi temuduga hari ini.. tidak ku tahu hasratnya ... samada mahu bekerja di Darul Naim, atau terus di sini saja... tidak pernah berhasrat untuk mempengaruhi keputusannya kerana... dia berhak membuat keputusan sendiri ... berlandaskan kepada input dari keluarga terdekatnya... Semoga keputusan yang diambil akan benar2 memberi manfaat dan kebaikan kepada diri dan keluarganya...

Hari ini juga, mendapat tahu bahawa saudara yang dimasukkan ke wad hospital itu rupa-rupanya hanya disuspek H1N1.. Alhamdulilah.. sudahpun keluar dari wad di Teluk Intan itu... Maaflah, belum sempat datang menjenguk, cuma diharapkan beliau akan terus sihat walafiat...

Kepada CT yang baru balik ke asrama di KP, studilah dengan bersungguh-sungguh... tiada apa yang diharapkan oleh mak dan abah, selain dari kejayaanmu...cabaran memang tiada hentinya, harapan agar sentiasa bersabar dan cepatlah dewasa... moga dapat memahami apa yang mak dan abah rasa dan perlukan...

Esok tugasan memang banyak yang menunggu... Kerja yang tidak pernah habis tapi... keseronokon menjalani kerja ini serta cabaran-cabaran yang perlu ditempuhi menjadikan diri semakin matang dan 'cool'....... biarlah apa orang mahu kata, asalkan kerja/tugas yang perlu dilakukan itu dapat dijalankan dengan sebaik mungkin dan sempurna... kerana bagiku, kalau kita hanya mendengar kata orang, hati akan sakit dan kerja tidak akan dapat diselesaikan... jadi.. kepada orang-orang di luar sana tu, janganlah hanya mencari salah orang lain... buatlah kerja sendiri, semoga anda mendapat kepuasan yang hakiki............... Aku???? Tiada masalah, asalkan kerja ku siap dan tidak menyusahkan orang lain, bagiku itu sudah mencukupi........... yang penting, wahai anak2 didik ku... hayatilah dan terimalah segala ilmu yang diberi itu dengan hati yang terbuka..moga kejayaan menanti di hujung jalan.........

Ku tunggu hari esok dengan penuh harapan...

Friday, July 16, 2010

Sabtu oh Sabtu...

Bila hari Sabtu, sungguh banyak tugasan di rumah yang perlu diganti semula... berkebun, membasuh, memasak...dll. Berkebun? Memang anak-anak selalu memberi maklumbalas agar tidak membeli apa-apa bunga, pokok dan sebagainya. Dikatanya, semua dibeli tetapi tidak dijaga.... Bukan tidak mahu, tetapi masa kadang-kadang masa menjadi terlalu terhad di hari bekerja... maka, Sabtu seperti inilah baru sempat untuk menggembur tanah, menabur baja malah menyiram pokok...

Kerja memang tidak pernah habis....

Sudah dipanggil untuk menghantar si Bella ke sekolah, menjadi penyokong Thailand untuk Majlis Sukan Sekolah-Sekolah ASEAN...

Malam permulaan

Assalamualaikum...
Ini adalah percubaan pertama menulis dalam blog. Selalu terserempak dengan blog semasa membuat pencarian bahan untuk nota dan sebagainya, tetapi belum pernah berhasrat untuk menulis sendiri. Mungkin inilah permulaannya..

Hari ini hari dipenuhi dengan usaha-usaha untuk mendapatkan tajaan untuk projek Bakti Siswa pelajar DLS UNISEL yang akan diadakan pada 23-25 Julai 2010 di Kuala Kangsar, Perak. Sebenarnya tidak pernah menjalankan usaha seperti ini, tetapi kali ini teringin pula untuk mendapatkan pengalaman dan 'rasa' mencari tajaan dari pelbagai agensi di sekitar Shah Alam, bersama 'pakar' mencari tajaan (jangan marah Irma)... Inilah kenyataannya.. Tanpa dorongan, galakan dan bantuannnya, sudah pasti usaha ini tidak akan terlaksana.

Memenatkan tetapi kepuasan tetap ada.. Inilah rasa sebenarnya, melihat penerimaan agensi-agensi tersebut terhadap permohonan tajaan... ada yang positif, ada yang negatif, ada yang menyokong dan ada juga yang menolak secara total.. Tidak dapat menyalahkan sesiapa kerana ini adalah 'free contribution' dari masyarakat...

Walau apapun, kepada yang memberi sokongan, terima kasih diucapkan. Usaha akan diteruskan pada hari Selasa (20 Julai) nanti.. moga akan mendapat kejayaan, walaupun hanya sedikit....

Inilah pengalaman namanya... moga tidak terlewat untuk merasakan pengalaman ini...