Sunday, July 25, 2010

Program Bakti Siswa DLS UNISEL

Hari ni berehat di rumah.. bukanlah berihat duduk diam, terpaksa melakukan kerja2 yang tidak dibuat sepanjang cuti minggu.. best mengikut pelajar2 DLS UNISEL ke Kpg Lubuk Merbau, Kuala Kangsar... happy, penat.. tapi memang seronok... dapat ku rasa kegembiraan ahli keluarga di sana menerima anak2 angkat dan kegembiraan anak2 angkat diterima dengan hati terbuka oleh orang kampung di sana........ Alhamdulilah, segalanya berjalan dengan lancar...

Musim buah-buahan rupanya.. so.. menjejak dusun, mengutip durian, rambutan dan langsat.. merasai kehidupan di dusun.... banyak sungguh pokok durian Cho...(mengikut panggilah Firdaus kepada mak angkatnya..) kalau ada masa, teringin untuk datang lagi ke sana.. bila dah selalu ulang alik ke KK (dah dua kali).. sudah tidak terasa jauh lagi... bulan November boleh ke sana lagi, kenduri kakak Amirul....

Sampai di rumah dari BJ dalam jam 11.45 pm.. Abah dah tunggu.. so, sembang kejap tentang kenangan di sana...

Tuai padi antara nampak
esok jangan layu-layuan
intai kami antara nampak
esok jangan rindu-rinduan...

Kalau ada sumur di ladang
boleh saya menumpang mandi
kalau ada umur yang panjang
boleh kita berjumpa lagi...

Kepada ahli keluarga di sana, Pakcik Sapian, isteri dan keluarga, Tok Penghulu dan isteri, ibu dan ayah angkat serta semua orang kampung.... terima kasih yang tidak terhingga diucapkan... Memang program Bakti Siswa di Kampung Lubok Merbau KK begitu menyeronokkan dan meninggalkan banyak kenangan (walaupun meletihkan, terutamanya bagi orang2 kampung yang tidak henti2 membantu memasak, mengemas, dsb.) ... bukan saja kepada pelajar-pelajar yang mengambil bahagian, malah kepada para pensyarah yang turut datang meramaikan majlis.......... Moga pertalian keluarga yang telah dijalinkan akan berpanjangan...........

Kepada anak2 angkat, sering2 lah menjenguk keluarga di sana.... kerana, persaudaraan tidak akan putus sekiranya anda semua sentiasa mengingati dan sering menziarahi...

Kepada Pengarah Program dan semua ahli jawatankuasa... tahniah!! Program yang dirancang telah dapat dijalankan dengan jayanya.. selepas ini boleh lah memberi tumpuan yang tidak berbelah bahagi kepada pelajaran pula... saya gembira dapat mengenali anda semua (karakter sebenar pelajar2 DLS UNISEL) di luar waktu kelas...

Jadikan pengalaman untuk mematangkan dan mendewasakan diri anda semua.. kerana pengalaman tidak dapat dipelajari di dalam kelas.....Jadikan diri anda seorang yang matang, mudah dibawa berbincang, bertolak ansur dan tidak mementingkan diri sendiri.. kerana apabila kerja berpasukan, semua terlibat untuk mempastikan tugas yang diberikan itu berjaya atau sebaliknya.......

Sekian.........coretan dari Shah Alam.........

No comments:

Post a Comment