Friday, July 16, 2010

Malam permulaan

Assalamualaikum...
Ini adalah percubaan pertama menulis dalam blog. Selalu terserempak dengan blog semasa membuat pencarian bahan untuk nota dan sebagainya, tetapi belum pernah berhasrat untuk menulis sendiri. Mungkin inilah permulaannya..

Hari ini hari dipenuhi dengan usaha-usaha untuk mendapatkan tajaan untuk projek Bakti Siswa pelajar DLS UNISEL yang akan diadakan pada 23-25 Julai 2010 di Kuala Kangsar, Perak. Sebenarnya tidak pernah menjalankan usaha seperti ini, tetapi kali ini teringin pula untuk mendapatkan pengalaman dan 'rasa' mencari tajaan dari pelbagai agensi di sekitar Shah Alam, bersama 'pakar' mencari tajaan (jangan marah Irma)... Inilah kenyataannya.. Tanpa dorongan, galakan dan bantuannnya, sudah pasti usaha ini tidak akan terlaksana.

Memenatkan tetapi kepuasan tetap ada.. Inilah rasa sebenarnya, melihat penerimaan agensi-agensi tersebut terhadap permohonan tajaan... ada yang positif, ada yang negatif, ada yang menyokong dan ada juga yang menolak secara total.. Tidak dapat menyalahkan sesiapa kerana ini adalah 'free contribution' dari masyarakat...

Walau apapun, kepada yang memberi sokongan, terima kasih diucapkan. Usaha akan diteruskan pada hari Selasa (20 Julai) nanti.. moga akan mendapat kejayaan, walaupun hanya sedikit....

Inilah pengalaman namanya... moga tidak terlewat untuk merasakan pengalaman ini...

No comments:

Post a Comment