Dua tiga hari ini badan tidak berapa selesa, demam, selsema, batuk... Semoga ALLAH SWT menghapuskan dosa-dosa yang ada dengan sakit dan demam ini... Baru sekaranglah terasa, sakit demam ditanggung sendiri...
Amat mudah ALLAH memberi pembalasan ke atas apa yang kita lakukan, walaupun kadang-kadang apa yang dilakukan itu adalah di luar kesedaran. Sendirian sekarang ini, demam batuk, mengadu dengan anak-anak, kadang2 tidak dihiraukan.. tidak seperti dulu, bila mengadu, ada yang tolong picitkan kepala yang pening dan urutkan badan yang penat... Semua kini ditanggung sendiri... Aku tidak mengeluh dan tidak menyalahkan sesiapa, tapi .. itulah kenyataan yang harus diterima... aku redha...
Mudah-mudahan ALLAH memberi ku kesihatan dan kekuatan, untuk meneruskan rencana esok... mengembara dan menelusuri jalan darat di antara Palembang - Muoro Bungo - Jambi - Bukittinggi - Padang, yang biasa dilalui oleh Abang. Merasai sendiri keindahan bumi Sumatera Selatan terus ke Sumatera Barat, merentasi Bukit Barisan.. perjalanan yang menyeronokkan, yang mungkin menjemukan, juga mungkin memenatkan. Pengalaman yang tidak dapat dirasai jika di Semenanjung Malaysia...
Tidak mengapalah, rasailah apa yang ingin dirasai... segala kesukaran2 itu, semoga memberi pengalaman dan kesedaran, apa yang ALLAH berikan itu, adalah yang terbaik dari segi perancangan dan penganugerahanNYA...
Semoga senantiasa bersyukur apa adanya, jangan terlalu kecewa dan berdukacita...
Hidup kita, kitalah yang perlu membuat pilihan...
Perjalanan kehidupan penuh kenangan dan pengajaran bagi seorang insan kerdil yang diberi kesempatan hidup oleh ALLAH SWT sehingga hari ini...
Saturday, December 6, 2014
Thursday, December 4, 2014
Anniversary
Anniversary...?
Yang ke-23 adalah pada 17 November dan yang ke-21 adalah pada 4 Disember...
Sebenarnya jarak itu tidak jauh, tidak sampai sebulan... adakah disengajakan atau memang telah ditentukan begitu... Perkahwinan yang melebihi dari 20 tahun adalah ikatan perkahwinan yang amat kukuh, walaupun banyak cabaran, pertengkaran dan selisih faham, tetapi akhirnya, dengan tolak ansur dan berlebih kurang, ia dapat dipertahankan... itulah ilmu dari apa yang ku baca...
Aku sudah tidak mengharap apa-apa... Aku sedar, kedudukan ini sekarang memang menyukarkan untuk mengambil keputusan dan tindakan... Aku pasrah seandainya ini adalah takdirku sehingga menutup mata nanti, takdir untuk ku habisi hidup ini bersendirian...
Tidak perlu bimbang dan khuatir kerana apa yang kuharapkan hanyalah persahabatan...
"Happy 21st Anniversary... I'm happy when you're happy..."
Yang ke-23 adalah pada 17 November dan yang ke-21 adalah pada 4 Disember...
Sebenarnya jarak itu tidak jauh, tidak sampai sebulan... adakah disengajakan atau memang telah ditentukan begitu... Perkahwinan yang melebihi dari 20 tahun adalah ikatan perkahwinan yang amat kukuh, walaupun banyak cabaran, pertengkaran dan selisih faham, tetapi akhirnya, dengan tolak ansur dan berlebih kurang, ia dapat dipertahankan... itulah ilmu dari apa yang ku baca...
Aku sudah tidak mengharap apa-apa... Aku sedar, kedudukan ini sekarang memang menyukarkan untuk mengambil keputusan dan tindakan... Aku pasrah seandainya ini adalah takdirku sehingga menutup mata nanti, takdir untuk ku habisi hidup ini bersendirian...
Tidak perlu bimbang dan khuatir kerana apa yang kuharapkan hanyalah persahabatan...
"Happy 21st Anniversary... I'm happy when you're happy..."
Wednesday, December 3, 2014
Friday, November 28, 2014
Tanggal 28 November 2014... Genap 3 bulan pemergian Abah...
Telah terasa kehilangannya
ramai... namun sepi
hingar... namun sunyi
nyata... namun mimpi...
Rasa-rasa yang saban waktu datang
antara rindu, ingatan dan kasih sayang
berputar menusuk dalam jiwa
mengimpi agar dapat ketemu semula...
Rupanya.. memang benar hanya bermimpi
ku himbau dulunya waktu yang jadi milik kami
meniti detik yang cuma sehari
lantas kau hantar ku kembali
melepaskan segala harapan
yang dulunya pernah digantung mapan
menjadi inspirasi agar terus ke depan
kini... tinggal aku seorang berjalan...
hanya mimpi, sayang...
hanya harapan ku gantung seorang...
kau terus melangkah... jauh
jauh... dan terus menjauh...
ramai... namun sepi
hingar... namun sunyi
nyata... namun mimpi...
Rasa-rasa yang saban waktu datang
antara rindu, ingatan dan kasih sayang
berputar menusuk dalam jiwa
mengimpi agar dapat ketemu semula...
Rupanya.. memang benar hanya bermimpi
ku himbau dulunya waktu yang jadi milik kami
meniti detik yang cuma sehari
lantas kau hantar ku kembali
melepaskan segala harapan
yang dulunya pernah digantung mapan
menjadi inspirasi agar terus ke depan
kini... tinggal aku seorang berjalan...
hanya mimpi, sayang...
hanya harapan ku gantung seorang...
kau terus melangkah... jauh
jauh... dan terus menjauh...
Thursday, November 27, 2014
Ya ALLAH, berikanlah kemudahan...
Ya ALLAH...
berikanlah kemudahan
untuk ku meneruskan perjuangan...
tugasanku menumpuk di meja
hingga kini masih menggunung
dilakukan semuanya tiada rasa
semoga suatu masa bisa dihitung
Ya ALLAH...
mudahkanlah
dari diriku segala lelah
berilah aku kekuatan
serta ketabahan
dan ikhlaskanlah diri
atas segala tugasan ini
agar menjadi penolong hakiki
sewaktu di akhirat nanti...
Sungguh...
................. aku lelah...
berikanlah kemudahan
untuk ku meneruskan perjuangan...
tugasanku menumpuk di meja
hingga kini masih menggunung
dilakukan semuanya tiada rasa
semoga suatu masa bisa dihitung
Ya ALLAH...
mudahkanlah
dari diriku segala lelah
berilah aku kekuatan
serta ketabahan
dan ikhlaskanlah diri
atas segala tugasan ini
agar menjadi penolong hakiki
sewaktu di akhirat nanti...
Sungguh...
................. aku lelah...
Monday, November 24, 2014
Sambutan Hari Guru RI - 25 November 2014
Hari ini
adalah Sambutan Hari Guru di RI. Ini adalah kata-kata FB tentang guru...
"Apa kabar semua sohib? Celoteh hari ini... Mantan
presiden ada, mantan gubernur juga ada, mantan bupati pun ada. Tapi.. Guru
tidak pake mantan. Guru abadi...
Selamat Hari
Guru dari si-murid." ~ FB.
Terima kasih, FB. Kata-katanya tentang guru, tentang dosen
amat menginspirasikan...
"Guru, Dosen, Ustadz... Mereka adalah lentera,
memancarkan cahaya-Nya." (2 November 2014)
Hari Ulangtahun Perkahwinan ke-23 (24 November 1991 - 2014) - Bahagian 2
Sampai di SA, sudah ramai sahabat dan saudara mara yang datang,
berkumpul di depan rumah. Semuanya hanya memandang sahaja ketika aku memimpin
Mak menuju ke rumah. Bella yang paling manja dengan Abah, meluru masuk… entah
apa yang dirasakannya kini...
Aku masuk ke rumah seperti orang yang datang
menziarahi/layat ke rumah itu, padahal akulah tuan rumahnya…. Ya ALLAH, entah
apakah rasa yang sedang aku rasakan…?? Bella sedang mengadap Abahnya,
berbisik-bisik…berbual dengan Abahnya untuk kali yang terakhir…
Hampir 23 tahun hidup bersama Abah, suka duka silih
berganti… kehidupan yang dilihat orang sentiasa aman dan damai, kerana Abah memang seorang yang pendiam, sentiasa menyokong apa yang aku mahu lakukan, kecuali apabila tercuit sikapnya yang tidak dapat meninggalkan keburukan merokok. Ini telah menjadi penyebab kepada kucar kacirnya kehidupan yang berlaku di tahun 2011 – 2012… Akhirnya Abah berjaya meninggalkan rokok (ketika didepanku)... Mudah-mudahan dia dapat meninggalkan rokok itu sepenuhnya... aku sentiasa bersangka baik...
Jenazah Abah ku lihat seperti sedang tidur…mata tertutup rapat,
tenang…. aman. Begitulah penyudahan kehidupan Abah. Hidup ku? Entah bagaimana penyudahnya nanti.. Semoga ALLAH ampunkan
dosanya, lapangkan dan terangkan kuburnya, terima segala amalannya dan
memasukkannya dalam golongan orang-orang yang beriman… Aamiin…
Abah disempurnakan di Masjid Seksyen 24 SA. Sebelum masuk
waktu Asar, Abah sudah siap dimandikan dan dikafankan. Selesai saja solat Asar
berjemaah, jenazah Abah disolatkan untuk kali terakhir. Ramai
sahabat-sahabatnya yang datang dan turut serta menyembahyangkan jenazahnya…
Selepas itu, kami mengiringi Abah ke Seksyen 21 SA, ke tanah
perkuburan persemadian Abah. Apabila ditanya mau dikebumikan di mana, tiada apa
yang terlintas difikiran, cuma mahu menguruskan jenazah Abah seberapa segera
yang boleh. Tidak sanggup mahu bertangguh-tangguh dalam urusan pengkebumian
ini… Kubur Abah di tepi jalan besar, di Fasa 3 tanah perkuburan Islam di situ.
Sekitar jam 6.15 petang, 28 Ogos 2014, urusan pengkebumian dan talkin telah selesai
dilakukan..
Abah.. perginya tiba-tiba.. sehingga kini rasanya tidak
percaya bahawa Abah sudah tiada. Rasanya Abah masih ada dan pergi kerja untuk tempoh yang lama… tidak
pulang-pulang… Tidak sempat kami anak beranak mahu berbakti , menjaganya
sakit.. Syukur, Alhamdulillah, aku telah memohon ampun dan maaf.. Perginya Abah
tiada tanda apa-apa.. tiada persediaan apa-apa..
Terima kasih kepada saudara mara, sahabat handai,
pelajar-pelajar dan rakan sekerja yang tidak putus-putus datang… memberi
sokongan dan semangat agar aku dan anak-anak redho, tabah dan tetap tegar untuk
meneruskan kehidupan…
Semoga roh Abah tenang dan aman di sana.. dan semoga Abah
telah memaafkan ku.. aku tahu, aku bukan seorang isteri yang baik, dengan
kesibukan kerjaku dan dengan kesibukan perasaanku… Ya ALLAH… semoga kehidupanku
dan anak-anak akan terus KAU berkahi dan redhoi, KAU kurniai kami dengan hati
yang sabar, kuat dan tabah dan KAU lindungi kami dari rasa sedih, dukacita dan
putus asa… Aamiin…
Inilah cerita hidupku... Hidup yang tiba-tiba sendiri, hinggakan ramai sahabat yang menyatakan kagum melihat aku begitu tabah menghadapi kehilangan ini... Tiada siapa yang tahu akan rasa-rasa dihatiku, hanya ALLAH SWT. Semoga ALLAH akan terus memberiku kemudahan kerana.... aku tiada pilihan..
Aku perlu kuat dan tabah demi anak-anakku….
24 November 1991 - diapit oleh Arwah Abah dan Arwah Wak Yusuf serta tetamu dari NTB
Hari Ulangtahun Perkahwinan ke-23 (24 November 1991 - 2014) - Bahagian 1
Pernikahan pada 17 November 1991.
24 November, kami disatukan dalam sebuah majlis yang
sederhana tetapi meriah. Majlis persandingan yang turut dihadiri oleh tetamu
jauh yang istimewa dari NTB. Kehadiran yang tidak diduga. Dan kini, telah hadir semula setelah 20 tahun
menghilangkan dirinya… Hadir, untuk pergi lagi…
ALLAH Maha Mengatur kehidupan ini. Tidak pernah termimpi
yang aku akan hidup berseorangan di hari-hari tuaku. Dulu pernah merancang dan berangan-angan dengan Abah untuk keliling Malaysia dan seterusnya keliling Asia bila
sudah tidak bekerja lagi dan anak-anak sudah ada kehidupan masing-masing.
Semuanya tidak kesampaian, kerana Abah terlebih dulu dijemput oleh ALLAH SWT.
Abah pergi pada hari Khamis, 2 Zulkaedah, 1435 Hijrah, bersamaan 28 Ogos
2014, dalam usia 54 tahun. Pemergian yang tiba-tiba kerana tiada tanda-tanda
Abah sakit serius, cuma ada mengadu yang beliau kepenatan kerana tugasan yang
banyak. Ramai yang tidak percaya Abah meninggal dunia kerana pada minggu, 24 Ogos 2014 baru saja bertemu kerana kami mengadakan jamuan Hari Raya Aidil Fitri 2014. Dan Abah, masih sihat walafiat...
Aku di kuliah semasa mendapat panggilan. Melihat nombor Abah
yang muncul di skrin *6927, aku tidak menyangka apa-apa. Memang Abah selalu
telefon ketika aku di kuliah. Rupa-rupanya, Nabil, anak ke-4 yang menelefon.
Masih terngiang suara terkejut dan sebak Nabil.. “Mak, Abah tak bangun Mak…
Baliklah Mak...” Suara Nabil sebak. Berderau darahku naik ke kepala. Aku
minta Nabil pastikan dengan mengusap air ke muka Abah, tetapi Nabil kata, Abah
tidak bangun juga. Aku terdiam, memikirkan apa yang patut ku lakukan. Jarak BJ
ke SA adalah lebih kurang 65km, tergesa-gesa pulang hanya membahayakan diri sendiri.
Aku telefon Ajem, anak sulungku yang bekerja di PJ. “Ajem,
balik sekejap. Nabil kata Abah tak mau bangun. Cuba lihat apa yang berlaku..”
Ajem terus pulang ke rumah. Tidak lama selepas itu, Ajem telefon untuk
mengesahkan…”Betul Mak, Abah dah tak ada…”
Aku pasrah. Aku redho. Abah telah dijemput oleh ALLAH SWT… Sampai di
pejabat, Bella sedang menangis.. “Nabil telefon..” katanya. “Ya, Mak tau..”
Bella kini sedang melanjutkan pengajian di UNISEL dalam Program Diploma TESL. Dari
awal dia mengatakan mau menemankan aku pergi dan pulang dari kerja. Aku tidak tahu, mungkin itu juga adalah petanda. Kami terus
segera pulang ke SA.
Rasaku……… tidak tahu untuk digambarkan. Aku langsung tidak bersedia untuk menggalas tugas dan kewajipan membesarkan anak-anak sendirian.
Tidak pernah terlintas yang aku akan mendapat status baru ini sebegini cepat..
Sesuatu yang tidak pernah terfikirkan…
Ketika pulang, kami singgah ke rumah di SB untuk menjemput
Mak. Tiada apa yang ku katakan padanya, melainkan..”Mak solat Zuhur dulu, kita
balik SA”. Mak tidak tau apa-apa sehinggalah mendengar perbualan telefon di
antara aku dengan Wak Siah. Aku juga telefon Anis, adikku. Selain itu, aku
tidak ingat mahu telefon siapa-siapa lagi. Aku buntu.. aku ‘numb’.. Aku pandu
kereta sangat tenang, mengikut arus kenderaan yang lain kerana memikirkan sedang
membawa Bella dan Mak. Sambil memandu, semuanya menerjah ke minda. Cuba untuk
mengingati, ‘flashback’ memori sekiranya ada tanda-tanda yang Abah tunjukkan. Memang
tiada…
Aku teruskan pemanduan di dalam kesesakan lalu lintas. Tiada airmata yang gugur, kerana… aku tidak merasa apa-apa…
aku merasa kosong…hilang… Ketika dalam perjalanan itulah, Abang telefon
bertanyakan keadaan yang sebenar… apa yang telah ku katakan itulah, jawapannya…
Friday, November 21, 2014
Hari ini Jumaat, 21 November 2014.
Hari Jumaat, adalah penghulu segala hari...
Hari Jumaat, adalah hari yang dinanti
kerana.. besok adalah hari cuti...
setelah letih bekerja sehari-hari..
Semoga akan bertemu lagi hari-hari Jumaat yang berkah
dipenuhi oleh kenangan-kenangan yang indah
bersama meniti hari melangkaui waktu
yang entah kapan... bisa lagi dapat bertemu...
Kau hanya tetamu...
menjengukku
sebentar.. kemudian terus berlalu...
Hari Jumaat, adalah hari yang dinanti
kerana.. besok adalah hari cuti...
setelah letih bekerja sehari-hari..
Semoga akan bertemu lagi hari-hari Jumaat yang berkah
dipenuhi oleh kenangan-kenangan yang indah
bersama meniti hari melangkaui waktu
yang entah kapan... bisa lagi dapat bertemu...
Kau hanya tetamu...
menjengukku
sebentar.. kemudian terus berlalu...
Tuesday, November 18, 2014
2 Hal yang Membuat Musibah Berat Terasa Ringan
Berbagai cerita-cerita motivasi, kisah dan teladan yang cuba dibaca, bagi meringankan sedikit rasa berat di hati...
Semoga ALLAH SWT memberikan kemudahan, melapangkan hati, meringankan beban rasa... Aamiin..
Semoga ALLAH SWT memberikan kemudahan, melapangkan hati, meringankan beban rasa... Aamiin..
"KETIKA seorang muslim mendapat musibah yang menurutnya dirasa berat, ingatlah dua hal ini maka hati kita akan lapang. Dengan hati yang lapang maka masalah seberat apapun akan terasa ringan.
Pertama, husnudzan kepada Allah karena Allah sangat sayang terhadap hamba-Nya melebihi kasih sayang ibu terhadap anaknya yang lama hilang kemudian ditemukan.
Yakini pula musibah ini adalah pengangkat derajat, menghapuskan dosa, kita pasti bisa menanggungnya karena Allah memberikan beban sesuai kemampuan hamba.
Para ulama menjelaskan bahwa yang namanya musibah hanya berat di awal saja, betapa banyak musibah dahulunya terasa berat namun bisa kita lewati dengan mudah
Pernah suatu hari Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam kedatangan rombongan tawanan perang. Di tengah-tengah rombongan itu ada seorang ibu yang sedang mencari-cari bayinya. Tatkala dia berhasil menemukan bayinya di antara tawanan itu, maka dia pun memeluknya erat-erat ke tubuhnya dan menyusuinya.
Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bertanya kepada para sahabat, “Apakah menurut kalian ibu ini akan tega melemparkan anaknya ke dalam kobaran api?”, Para sahabat menjawab, “Tidak mungkin, demi Allah. Sementara dia sanggup untuk mencegah bayinya terlempar ke dalamnya.”
Maka Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda,
“Sungguh Allah lebih sayang kepada hamba-hamba-Nya daripada ibu ini kepada anaknya.” (HR. Bukhari dan Muslim)
Kedua, orang yang tidak mendapat ujian di akhirat kelak akan iri terhadap mereka yang mendapat ujian di dunia, mereka bahkan berangan-angan kenapa dahulu di dunia mereka tidak banyak mendapat ujian yang berat.
Nabi shallallahu ‘alihi wa sallam bersabda,
”Manusia pada hari kiamat menginginkan kulitnya dipotong-potong dengan gunting ketika di dunia, karena mereka melihat betapa besarnya pahala orang-orang yang tertimpa cobaan di dunia. ” (HR. Baihaqi, lihat ash-Shohihah : 2206)
Maka kini bergembiralah karena Allah ternyata menjadikan ujian yang kita dapatkan sebagai cara untuk menaikkan posisi kita di hadapan Allah. [irma/islampos/muslimafiyah]"
- Islampos - Senin 24 Muharram 1436 / 17 November 2014 15:00.
Sunday, November 16, 2014
Ulangtahun Pernikahan ke-23 (17 November 1991 - 17 November 2014)
Hari ini adalah hari Ulangtahun Pernikahan ke-23...
...dan kusambut berseorangan...
Rencana ALLAH SWT adalah yang terbaik,
ku yakin ada hikmah di sebalik semuanya ini...
...dan kusambut berseorangan...
Rencana ALLAH SWT adalah yang terbaik,
ku yakin ada hikmah di sebalik semuanya ini...
Tuesday, November 11, 2014
Hujan...
Hujan sangat lebat petang ini, diiringi oleh guruh berdentuman.
Alhamdulillah, secepat itu hujan turun sangat deras, secepat itu juga hujan sudah berhenti.
Semoga.. mendung di hati, akan secepat itu berlalu pergi...
Alhamdulillah, secepat itu hujan turun sangat deras, secepat itu juga hujan sudah berhenti.
Semoga.. mendung di hati, akan secepat itu berlalu pergi...
Friday, November 7, 2014
Istiadat Konvokesyen UNISEL Ke-9 (8 - 10 November 2014)
Hari ini bermula Istiadat Konvokesyen UNISEL Ke 9, yang sepatutnya turut disertai oleh pelajar-pelajar ISM Sains Perpustakaan UNISEL. Aku turut merasai kekecewaan Kumpulan 1A yang terdiri dari 10 orang pelajar ex DLS.
Dari sudut hatiku yang paling dalam, ku mohon maaf. Memang seseorang perlu dipertanggungjawabkan atas apa yang berlaku ini. Melihat dari ofis, persiapan dan persediaan para graduan berbaris akan masuk ke Dewan Canselor, mengundang rasa gagal dan kecewa. Mohon doa..... Ya Allah, berikanlah hikmah di sebalik apa yang berlaku ini...
Semoga anda semua berlapang dada dan dapat menerima apa yang berlaku. Sekali seumur hidup, ramai yang mengatakan begitu, jadi kita mahu merasakan bahawa diri kita istimewa, menjadi yang pertama untuk semua-semuanya. Namun, usaha dibuat, perancangan dilakukan tetapi, kenyataannya hanya Allah yang memberi kuasa...
Semoga tetap tabah, kita tunggu di tahun hadapan...
Semoga, rasa yang dikecapi akan lebih indah, lebih bahagia...
Semoga, rasa yang dikecapi akan lebih indah, lebih bahagia...
Dewan Canselor UNISEL 7 November 2014
Thursday, October 30, 2014
2014 - Kisah dan kesinambungannya...
Assalamualaikum wm. wb.
2014.. sehingga hari ini, 30 Oktober. Terlalu banyak yang berlaku, lembaran peristiwa demi peristiwa... satu kisah hidup ke satu kisah hidup yang lain...
Benar bila dikatakan dunia ini hanya pinjam-pinjaman, akhirat juga yang kekal abadi.
Benar bila dikatakan, jodoh - ajal - maut.. Allah yang menentukan, manusia merancang, Allah jua yang memberikan kenyataan...
Kisah 2014 ku akan bermula di sini... akan ada kisah lagi seterusnya.. hanya sanya, kini waktu pinjaman Allah SWT ini rasanya terlalu singkat untuk meluahkan rasa.. demi rasa... yang tersangkut di dada...
2014.. sehingga hari ini, 30 Oktober. Terlalu banyak yang berlaku, lembaran peristiwa demi peristiwa... satu kisah hidup ke satu kisah hidup yang lain...
Benar bila dikatakan dunia ini hanya pinjam-pinjaman, akhirat juga yang kekal abadi.
Benar bila dikatakan, jodoh - ajal - maut.. Allah yang menentukan, manusia merancang, Allah jua yang memberikan kenyataan...
Kisah 2014 ku akan bermula di sini... akan ada kisah lagi seterusnya.. hanya sanya, kini waktu pinjaman Allah SWT ini rasanya terlalu singkat untuk meluahkan rasa.. demi rasa... yang tersangkut di dada...
Subscribe to:
Posts (Atom)