Saturday, January 1, 2011

2011..........

Tanpa disedari, satu lagi tahun baru telah datang ke dalam hidup kita... 2011 membawa seribu persoalan dalam kehidupan... cuma harapan, agar tahun ini akan menjadi tahun yang lebih bermakna dan berjaya dari tahun2 yang lepas...

Maka, dengan kehadiran 2011 ini, maka meningkat lagi satu angka umur insan... termasuk umurku.. moga Allah, berikan kepada ku hati yang tabah, kuat dan semangat yang terus membara dalam menjalani kehidupan seharian... moga hati terus tabah dalam usahaku memberi sebanyak mungkin ilmu kepada anak2 bangsa... semoga, Allah berikan ku kekuatan dan ketabahan..

Azam ku tiada lain, cuma mahu memberikan yang terbaik kepada semua orang yang dekat denganku... semoga anak2 ku terang hatinya dan tenteram dalam menjalani kehidupan dan dapat mengecap kejayaan dan kebahagiaan hidup.. begitu juga kepada pelajar2 yang ku anggap bagai anak2 sendiri... bak kata Dekan FPSS (yang terus akan ku ingat sampai bila2...) "Selepas solat, doakanlah bukan sahaja anak2 sendiri, malah juga anak2 murid kita agar mereka terang hatinya, dan dapat mencapai kejayaan dalam pengajian mereka....."... InsyaAllah... sesungguhnya, kejayaan pelajar2 ini adalah lambang kejayaan kita yang mengajar dan mendidiknya....

Selamat menempuh tahun 2011...dan selamat menjadi lebih dewasa dan matang dalam menjalani kehidupan.. sesungguhnya bekalan umur kita semakin sedikit...oleh itu, jalanilah kehidupan sebaik mungkin.... moga keimanan akan menjadi semakin tebal ... InsyaAllah...

Tuesday, December 14, 2010

Malam...........

Malam... sepi..
hanya bulan datang menemani..
jiwa????
berbaur tidak berasa....

indah malam tidak terasa
bila jiwa hilang rasanya
sepi.. pedih..terluka.. sengsara
hanya rasa2 yang tidak bermakna
jangan jadikan rasa bagai bicara
kerana kata tiada lagi artinya...

biar hati berbicara sendiri
biar jiwa terus melara
bukan diri meminta begini
hanya jiwa berbunga rasa...

jangan salahkan malam yang sepi
salahkan diri
bila rasa2 menelan bahagia
malam kelam tiada berjiwa...........

Sunday, December 12, 2010

Kerja oh.........kerja...

Bukannya tidak seronok bekerja ni.......... memang seronok bekerja, sehingga kadang2 dimarahi oleh anak2 sendiri.... kerana asyik bekerja.. suami memang memahami, hanya mungkin anak2 masih perlukan perhatian, makanya mereka merasa ibunya terlalu mementingkan kerjaya daripada anak2nya sendiri...

Entah mengapa... aku begitu terikat dengan kerja... aku sukakan karier ku sekarang, walaupun sungguh...... orang melihat cara bekerja ini macamlah tiada lagi esok hari.... hinggakan ada yang mengatakan....."aik!! hari Ahad pun kerja jugak??....." tapi.. itulah aku.... bukannya nak mengatakan aku ni 'workchoholic'... tapi, rasanya kerja yang ada itu terlalu banyak, hinggakan kadang2 tak tau mana yang perlu dimulakan dahulu...........

'Time management????'...... mungkin aku perlu belajar mengurus masa... tapi, terlalu banyak yang datang 'in-between' dalam waktu bekerja sehinggakan masa tetap tidak mencukupi.... malam ini, aku kerja lagi.. jam menunjukkan 12.50, tapi masih tidak berganjak dari meja ini..... tugas yang selesai baru separuh... banyak lagi yang perlu dilakukan.....

Moga akan terus ada kekuatan................

Saturday, December 4, 2010

Sesi 2/2010/2011

Sesi baru sudah bermula.....

Mood : Bercampur baur.. bukannya kerana tidak suka, tapi kerana masa rasanya terlalu cemburu... dikejarnya hingga ke hujung jalan......dan kerja pun banyak yang ketinggalan.... Memang banyak cabarannya, moga dengan sokongan dari para sahabat semua, segala cabaran dan kesukaran ini mampu dilalui dengan sabar dan tenang....

Kepada para pelajar, sentiasalah berusaha... sudah banyak contoh dan teladan yang boleh dijadikan sempadan ... jangan kelalaian anda sekarang akan menjadikan pepatah ini "sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tiada gunanya...." menjadi kenyataan.... Gunakanlah segala kesempatan yang ada untuk memajukan diri anda..... Kami membantu, tetapi andalah yang kena berusaha....

Selamat menempuh sesi baru dengan hati yang tenang dan lapang... jadikan semua tugasan itu kerja2 yang meriangkan, jangan pula mengeluh kerana terlalu banyak tugasan yang perlu diselesaikan... kan sekarang masa belajar, oleh itu... belajarlah dengan bersungguh-sungguh..."berakit2 ke hulu, berenang2 ke tepian... bersakit2 dahulu dan bersenang2lah kemudian..."... kejayaan anda adalah kejayaan kami semua...

Friday, November 26, 2010

Gusar.....

Perasaan tidak menentu.. kadang2 hairan dengan sifat dan sikap manusia, mengapa suka melakukan perkara2 yang tidak disukai oleh orang lain.. adakah kerana tidak tahu menjaga hati orang lain??.. atau adakah kerana menunjukkan diri ada kuasa??? lebih berkuasa dari orang lain??.. ingatlah pembalasan Allah itu amat berat sekiranya kita menganiaya orang.... kuasa tidak selamanya berada di tangan kita dan hanya Allah yang Maha Mengetahui.......

Namun, aku gusar dengan keadaan itu... betul2 berada ditengah2, di kiri harimau dan di kanan beruang....... harus kemana aku pergi ???

Ingatlah bahawa tidak selamanya kau akan tenang dengan perlakuan mu sendiri.. ingatlah bahawa setiap perbuatan itu akan mendapat balasan... walaupun mungkin balasan itu agak lewat berlaku... tetapi ingatlah bahawa Allah Maha Adil..... segala perbuatan akan tetap mendapat balasannya... dan sehingga waktu itu, aku akan redha dengan apa yang berlaku... aku anggapkan semua ini adalah dugaan dan aku akan lakukan yang terbaik......walaupun aku kurang mengerti siapa sebenarnya yang cuba kau malukan......... akhirnya nanti, kau akan malukan diri mu sendiri...

Monday, November 15, 2010

KONVO UNISEL KE 5..

Konvokesyen UNISEL ke 5 semakin hampir.. bukan pelajar sahaja yang teruja, kami pensyarah pun teruja sekali... seronok dan gembira rasanya kerana konvo kali ini ramai yang akan naik ke pentas mengambil diploma mereka.. Tahniah ya...

Konvokesyen adalah majlis untuk meraikan anda semua... tamatlah sudah jerih perih menjadi pelajar dulu.. terlepas sudah tanggungjawab sebagai pelajar... membuat kerja kursus, pergi ke kuliah, kena marah, kena leter... ya, kami mengharapkan yang terbaik dan apa yang anda dapat itu adalah apa yang anda sendiri usahakan...

Ada sesetengah pelajar yang gembiranya lebih daripada yang lain kerana mungkin ada yang telah bekerja, mungkin juga gembira kerana telah mendapat keputusan (CGPA) yang cemerlang... mungkin juga ada yang bersedih kerana di saat2 akhir baru sedar akan kepentingan keputusan setiap semester.. tapi, ada pepatah menyatakan..."sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tiada gunanya...".. jadi, kepada para junior, beringat2 lah ya...

Kepada pelajar Kohot 1, 2 dan Kohot 3.. selamat maju jaya dalam kerjaya masing2 ya.. jangan memilih jawatan kerana apa yang penting adalah pengalaman... terima seadanya, moga melalui pengalaman itu akan membawa kepada kejayaan yang lebih manis... Kami tumpang gembira melihat kejayaan anda...

Selamat maju jaya dan tahniah... anda semua adalah kebanggaan kami...

Wednesday, November 10, 2010

KK oh KK....

KK?.... bukan Kota Kinabalu tapi Kuala Kangsar...

13hb November 2010 adalah langkah lawatan yang ke 4 ke Kg Paya Merbau, Kuala Kangsar... tak sangka, semakin lama rasanya semakin dekat jarak ke sana.... Atas jemputan menghadiri kenduri, maka langkah akan menjadi semakin panjang..... moga, semuanya sihat sejahtera dan dapat menghadiri kenduri dengan selamatnya..

Kepada tuan rumah dan rumah besannya, moga sentiasa sihat dan tenang dalam membuat persiapan akhir perlaksanaan kenduri ini... InsyaAllah.. kami datang untuk meramaikan majlis.. moga makin meriah .....