Tuesday, January 13, 2015

13 Januari 1966 - 2015

Hari ini.. ulang tahun ke 49..

Terima kasih kepada anak2 kerana membuat kejutan pada Ahad lalu... sebelum Ein pulang ke asrama di sekolah Seksyen 11 Shah Alam... betul2 menggembirakan... pertama kali menyambut ultah bersendirian.. tanpa Abah..

Terima kasih semua, atas ucapan-ucapan selamat dan doa.. tanpa putus...

Termasuk satu doa yang amat diperlukan.. yang mampu menceriakan hari mendung dan kelabu selama beberapa minggu ini...

"Salam tigabelas Januari
semoga keberkahan dan kemuliaan
kesuksesan dan kebahagiaan
ALLAH curahkan tanpa henti 
untukmu.........................."

Terima kasih, Abang...

Doa semua memang amat diharapkan, semoga akan memberi kekuatan untuk meneruskan hari-hari mendatang yang penuh onak duri dan ranjau beracun...

Semoga kita sama-sama cemerlang di dalam kehidupan di dunia dan akhirat..
Aamiin Ya ALLAH....

No comments:

Post a Comment