Friday, February 25, 2011

Berita mengejutkan..

Sekitar jam 2.05 petang, 25 Februari 2011....sedang dalam perjalanan ke Unisel Shah Alam untuk menghadiri satu kursus .... aku dikejutkan oleh panggilan telefon dari Firdaus... bila di tanya "Puan kat mana...??" dan "ada berita kurang baik.." hati ku terdetak....

Inilah antara berita yang sebenarnya amat berat untuk didengar..."kemalangan... motor dengan lori treler???"... hati rasa ngilu kerana yang kemalangan ini merupakan salah seorang pelajar senior...dah hampir pula dengan peperiksaan akhir... hhmmm... betul2 dugaan untuknya...

Petang lepas kursus...bergegas ke Hospital Sg Buluh... cuma dapat bertanya khabar dengan salah seorang petugas bilik bedah... memang kritikal.. ada pendarahan dalam hati, jadi dibedah dan diusahakan untuk menghentikan pendarahan itu....

Kepada semua (terutamanya anak dan pelajar2 ku di Unisel)... jadikanlah ini ikhtibar... sentiasalah berhati2 di jalanraya....malang tak berbau, dan apabila berlaku, semua turut merasa akan kesedihan dan kesakitannya... beringatlah selalu...

Kepada Syukran, tabahkan hati...mungkin ini salah satu cara Allah menguji anda...kuatkan semangat... doa kami sentiasa mengiringimu...moga cepat sembuh dan gembira seperti selalu...

3 comments:

  1. harap syukran dapat sembuh ....... berat rasanya dugaan yang Allah beri ini..... tapi ini adalah satu iktibar dan hikmah untuk kita semua pada masa akan datang,..........

    ReplyDelete
  2. Si lesung: mungkin dah tau ya.. Syukran DLS kohot 7
    Peroz: betul... jadikanlah ikhtibar bagi yang lain... sstu kalau nak berlaku, sekelip mata boleh terjadi...

    ReplyDelete