Sunday, November 16, 2014

Ulangtahun Pernikahan ke-23 (17 November 1991 - 17 November 2014)

Hari ini adalah hari Ulangtahun Pernikahan ke-23...
...dan kusambut berseorangan...

Rencana ALLAH SWT adalah yang terbaik, 
ku yakin ada hikmah di sebalik semuanya ini...

Tuesday, November 11, 2014

Hujan...

Hujan sangat lebat petang ini, diiringi oleh guruh berdentuman.

Alhamdulillah, secepat itu hujan turun sangat deras, secepat itu juga hujan sudah berhenti.
Semoga.. mendung di hati, akan secepat itu berlalu pergi...

Friday, November 7, 2014

Istiadat Konvokesyen UNISEL Ke-9 (8 - 10 November 2014)

Hari ini bermula Istiadat Konvokesyen UNISEL Ke 9, yang sepatutnya turut disertai oleh pelajar-pelajar ISM Sains Perpustakaan UNISEL. Aku turut merasai kekecewaan Kumpulan 1A yang terdiri dari 10 orang pelajar ex DLS.

Dari sudut hatiku yang paling dalam, ku mohon maaf. Memang seseorang perlu dipertanggungjawabkan atas apa yang berlaku ini. Melihat dari ofis, persiapan dan persediaan para graduan berbaris akan masuk ke Dewan Canselor, mengundang rasa gagal dan kecewa. Mohon doa..... Ya Allah, berikanlah hikmah di sebalik apa yang berlaku ini...

Semoga anda semua berlapang dada dan dapat menerima apa yang berlaku. Sekali seumur hidup, ramai yang mengatakan begitu, jadi kita mahu merasakan bahawa diri kita istimewa, menjadi yang pertama untuk semua-semuanya. Namun, usaha dibuat, perancangan dilakukan tetapi, kenyataannya hanya Allah yang memberi kuasa...

Semoga tetap tabah, kita tunggu di tahun hadapan...
Semoga, rasa yang dikecapi akan lebih indah, lebih bahagia...

Dewan Canselor UNISEL 7 November 2014

Thursday, October 30, 2014

2014 - Kisah dan kesinambungannya...

Assalamualaikum wm. wb.

2014.. sehingga hari ini, 30 Oktober. Terlalu banyak yang berlaku, lembaran peristiwa demi peristiwa... satu kisah hidup ke satu kisah hidup yang lain...

Benar bila dikatakan dunia ini hanya pinjam-pinjaman, akhirat juga yang kekal abadi.
Benar bila dikatakan, jodoh - ajal - maut.. Allah yang menentukan, manusia merancang, Allah jua yang memberikan kenyataan...

Kisah 2014 ku akan bermula di sini... akan ada kisah lagi seterusnya.. hanya sanya, kini waktu pinjaman Allah SWT ini rasanya terlalu singkat untuk meluahkan rasa.. demi rasa... yang tersangkut di dada...

Tuesday, March 27, 2012

Berita terkini...

September 17, 2011 ? Lamanya blog ini tidak dikemaskini...

Kesibukan, kecelaruan perasaan, ketidak-tenteraman, penyesalan, semuanya terbuku di hati... setelah sekian lama, rupa-rupanya aku tetap di sini, cumanya perasaan selalu melayang......

Wahai hati, sabarlah menjalani... teguhkan pendirian... Rasa2 ini... hanya Allah yang Maha Mengetahui....

Saturday, September 17, 2011

Tiada kata seindah bahasa....

Idea terhenti di sini.....

Sesungguhnya, hati terlalu sesak ...
dihempap oleh rasa sedih yang teramat...

Thursday, September 1, 2011

Syawal 1432H

Hari ini sudah 4 Syawal 1432H = 2 September 2011...

Begitu cepat masa berlalu... menjelang bulan September, semakin beratlah tugas2 yang perlu diselesaikan...

Ogos 2011 merupakan bulan puasa yang penuh suka dan duka... dengan tugasan yang banyak memerlukan ku untuk berkorban... tinggalkan anak-anak untuk berbuka puasa sendiri.. dan jadual tugas untuk menyelia pelajar2 yang menjalani latihan industri...namun, di samping itu semua, ada juga yang menjanjikan kepuasan pada diri sendiri... dapat juga berbuka puasa dengan anak yang dirindui yang sedang menjalani latihan industri di Perak sana...

Hhmm.... ini yang dikatakan dugaan kerja agaknya.. bermacam perkara timbul ketika bulan puasa... moga dalam bulan September ini, semuanya akan dipermudahkan... tiada lagi hari2 bulan madu........ semuanya terpaksa ditangani secara serius... hari bulan madu telah berlalu bersama berlalunya bulan Ramadhan.... moga aku terus kuat dan tabah menghadapi segalanya....

Moga segala perancangan yang telah dirancangkan, dapat direalisasikan...moga, rakan2 seperjuangan akan terus memberi sokongan agar segala tugasan dapat dilakukan dengan mudah...mudah-mudahan, Allah akan terus memberi petunjuk dan memudahkan tugas yang ingin dijalankan....InsyaAllah........