Thursday, June 23, 2011

Semester April 2011 - semester akhir kohot 7

Masa terlalu cepat berlalu...

Hari ini 24 Jun 2011... hari terakhir Firdaus di UNISEL....... patah hati ku kerana tidak menghantar dia balik buat kali terakhir.......... aku salahkan diri sendiri kerana tidak pernah bertegas..

Moga akan ada masa lagi untuk kita bertemu.......moga akan ada masa untuk menjawab telefon atau sms...... dan moga.. Firdaus tidak akan lupa....... jenguklah sekiranya ada masa..... datanglah sekiranya sudah hampir... rumah dan hati sentiasa terbuka...

Maaf seandainya terasa diri sentiasa disusahkan... dan terima kasih kerana sentiasa bersabar dengan permintaan dan kerenah seorang mama.... aku memang sentiasa menyusahkan... dan sesekali terasa ada kemarahan kerana apabila telah mengenali, banyak yang akan diketahui.....

Aku memang impikan seorang anak yg bernama Firdaus... hampir 20 tahun lepas, semasa mengandungkan anak pertama, aku telah berangan utk menamakannya dgn nama Firdaus.. tetapi, di tahun yg sama apabila kakak ipar melahirkan anaknya, bayi itu telah diberi nama Firdaus, maka apabila anak sulung ku lahir, impian ku tidak jadi kenyataan...